‘RIP TTKM’: FB page TTKM di’flag’ oleh Facebook, capaian jatuh mendadak.

 

Facebook, 18 Julai : Laman troll politik no 1 negara, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia di’flag’  oleh Facebook kerana dikatakan melanggar standard komuniti yang ditetapkan oleh syarikat media sosial tersebut. Atas sebab itu, capaian laman tersebut jatuh mendadak, menyebabkan hantaran tidak muncul di garis masa para ‘likers’ TTKM.

Your Page has a breach. Facebook Community Standards and policies. Standards and policy breaches could lead to limitations such as a Page being unpublished, reduced distribution and more.Learn more about Community Standards and Page policies.” – Facebook

Admin laman tersebut ketika dihubungi Buletin TTKM berkata,  Facebook mendakwa TTKM telah melakukan pelanggaran polisi kerana mebuat hantaran berbentuk kebogelan dan aktiviti seksual   (nudity and sexual), satu dakwaan yang dinafikan mereka.

fb.jpg

“Kami menafikan ada membuat hantaran berbentuk kebogelan atau aktiviti seksual. Kami cuma berkongsikan satu hantaran dari laman facebook Korek-Korek mengenai keratan berita kes rogol yang mengkritik DAP. Hantaran tersebut masih ada di laman itu, manakala perkongsian kami dari laman tersebut telah dibuang oleh Facebook. Barangkali dilapor secara beramai-ramai oleh macai parti politik tertentu” – Admin facebook TTKM.

Buletin TTKM mendapati sehingga kini, hantaran tersebut masih ada di laman facebook korek Korek dan boleh diakses seperti di bawah:

Admin laman FB TTKM turut berkongsikan tangkap layar insight capaian hantaran yang jatuh mendadak sejak di’flag’ oleh facebook, sebagai bukti.

HAMPAEH.jpg

Tutup laman FB TTKM

Sementara itu, petang tadi laman tersebut menaikkan poster  dengan tulisan “RIP TTKM 2014-2019”.

😭 Nampaknya begitulah. Hukuman yang dikenakan kepada page ini oleh facebook menyebabkan reach post hanya sampai 2% likers sahaja. Rayuan kami juga tidak diendahkan facebook. Admin2 lain semua dah tak semangat, buat satu post, hanya beberapa ratus orang baca, sedangkan likers ada dekat 500k. Sehingga jumpa lagi.” – Admin FB TTKM. 

Ditanya adakah perkata ini telah diajukan kepada Facebook Malaysia, admin TTKM berkata mereka telah membuat aduan sejak beberapa hari yang lalu tetapi tiada maklum balas dari pihak tersebut.

Buletin TTKM turut menghubungi Facebook Malaysia berhubung hal ini tetapi masih belum mendapat sebarang respon.

Pada 28 Mei lepas, perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah melancarkan pejabat facebook Malaysia.

facebook malaysia.jpg
Dr Mahathir ketika merasmikan pejabat Facebook di Q Sentral 2 di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir Gobind Singh (dua, kanan), Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al- Ishsal Ishak (kiri), Naib Presiden Asia Pasifik Facebook Dan Neary (kanan) dan Nicole Tan (dua, kiri). Foto Bernama.

Perdana menteri tertua di dunia itu dilaporkan berkata kebebasan berinternet harus berada dalam sempadan perundangan negara.

“Apa yang haram di luar talian, lazimnya haram juga dalam talian.Kebebasan bersuara bukan ‘lesen’ untuk menyalahgunakan sesuatu, tetapi ia adalah tanggungjawab. Kebebasan bersuara yang tidak dibendung oleh pekerti mulia manusia akhirnya sekadar mengundang malapetaka kepada masyarakat,” – Tun Dr Mahathir.

Beliau turut menggesa Facebook dan penyedia platform lain untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini untuk memastikan bahawa dunia media sosial kekal sebagai platform untuk perubahan positif.

Dr Mahathir berkata, beliau berharap Facebook akan meningkatkan ciri Laporan Penguatkuasaan Piawaian Komuniti untuk menangani lebih banyak bentuk suara kebencian, terutama yang boleh menyebabkan ketegangan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Laman facebook TTKM mula beroperasi sejak 2014 dan setakat ini mempunyai hampir 500k pengikut. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.