“TTKM Reloaded” : TTKM bangkit semula di laman baru.

Facebook, 20 Julai : Laman troll politik no 1 negara, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang di’flag ‘oleh Facebook kononnya melanggar standard komuniti beberapa hari lepas, kini muncul semula di laman fb yang baru.

( Baca : ‘RIP TTKM’: FB page TTKM di’flag’ oleh Facebook, capaian jatuh mendadak. )

Laman baru tersebut kini bertajuk “Tentera Troll Kebangsaan Malaysia – Reloaded” dan boleh diakses di https://www.facebook.com/TTKMRELOADED

Pada posting pertama kali semalam, laman tersebut menaikkan logo klasik TTKM dengan tambahan tagline “Pantang undur, pantang menyerah” yang setakat ini mendapat hampir 700 perkongsian dan 2200 tanda suka.

Terdahulu, di laman yang lama, undian sama ada TTKM melakukan ‘comeback’ mendapat persetujuan 97% likers, manakala hanya 3% tidak bersetuju. Undian atas talian itu mendapat 3300 responden.

Setakat ini, kurang 12 jam, TTKM Reloaded telah mendapat 20k likes.

Untuk rekod, laman facebook TTKM yang lama telah mula beroperasi sejak 2014 dan setakat ini mempunyai hampir 500k pengikut sebelum diflag oleh facebook yang menyebabkan capaian kepada likers turun mendadak sehingga 98%.- Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.