Kuala Lumpur, 24 Julai: Farhash Wafa Salvador mencabar Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador untuk menahan Azmin Ali berhubung video seks yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi itu.
“Jadi, jika ketua polis negara mempunyai kredibiliti, dia harus masukkan Azmin ke dalam! Kenapa tangkap semua orang yang tak bersalah! Tangkap dia! Soal siasat dia! Apa bendalah! Tak faham langsung! “ – Farhash
“Saya tak kelihatan pun macam Azmin. Jadi kenapa polis tak boleh hanya panggil (untuk soal siasat) dan merakam keterangan saya?
“Tapi mereka pilih untuk tahan saya seperti saya seorang pembunuh, seorang banduan peringkat bawah. Mereka cuba untuk kenakan tindakan paling keras kepada saya.
“Mereka cuba untuk menahan reman saya selama tujuh hari dan melanjutkannya selama tujuh hari lagi, maksimum. Alhamdulillah, saya ada peguam yang bagus,” – Farhash
Selain itu, Farhash yang juga pengerusi PKR Perak berkata adalah tidak adil bagi pihak polis menahan beliau sedangkan tiada laporan dibuat terhadapnya.
Farhash direman 8 hari selepas ditangkap 16 Julai lalu kelihatan sedikit susut badannya.
Beliau turut menyindir mengenai penahanan beliau yang disifatkan sebgai ‘berehat’ yang sepatutnya diberikan kepada Azmin.
“Tapi saya rasa malangnya saya bukan Azmin Ali. Seeloknya kalau nak bagi berehat, bagi berehat kepada Azmin,” – Farhash
Video kredit KiniTV: