Leman Raja Lawak didakwa lagi, tuduhan peluk dan ramas payudara mangsa 17 tahun.

Putrajaya 26 Julai: BEKAS peserta Raja Lawak musim kelima, Leman sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja, tiga bulan lalu.

Sinar Harian melaporkan Leman atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Leman, 37, yang juga bekas  Ketua parti AMANAH Kawasan Sik didakwa memegang tangan mangsa yang berusia 17 tahun 11 bulan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di Puchong Utama jam 3.30 petang pada 6 April lalu.

Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa memeluk dan meramas payudara mangsa di sebuah rumah di Taman Putra Perdana, Puchong, jam 4 petang pada hari sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Leman berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, boleh dikenakan sebat sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlina Razali tidak mencadangkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh mengenali mangsa.

“Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mohon dikenakan syarat tambahan yang ketat,” katanya.

Leman yang diwakili peguam, Muaz Zafar memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.

“Isterinya sarat mengandung manakala tertuduh juga tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Larangan dekati mangsa online ataupun offline.

“Sebagai syarat tambahan, kamu dilarang mendekati mangsa, saksi-saksi samada secara online ataupun offline,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Leman melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Rabu lalu, Leman yang juga pengarah urusan syarikat produksi didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan mencabul pekerjanya.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pada perkembangan yang sama  Leman berkata akan mengambil tindakan saman fitnah ke atas beberapa portal berita yang menurutnya mengandungi “kesilapan fakta”

“Dua orang peguam saya datang ke pejabat sy harini yang akan ambil kes saman fitnah . Kami dalam perbincangan segala semua bentuk portal dan bukti tular.
Setelah menilai maklumat serta kes yang berkaitan, maka peguam saya telah mohon untuk meletakkan jumlah sebanyak RM2 juta terhadap Bernama.com, sinar , Metro dan kosmo….dan RM200k kepada portal media kecil .”  – Sulaiman Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.