Ini sebab sebenar FB page TTKM di’benam’ menurut Facebook.

Facebook, 30 Julai : Selepas 15 hari di’benam’ oleh facebook kerana dikatakan melanggar ‘standard komuniti facebook’, akhirnya laman troll politik no 1 Malaysia, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang mempunyai 500k pengikut kini kembali pulih  seperti biasa.

Menurut Azwan dari bahagian Global Marketing Solution Facebook yang dihubungi TTKM, beliau berkata ‘limit’ yang dikenakan kepada TTKM adalah kerana untuk “menghalang sikap yang orang lain di Facebook rasa ia mengganggu atau salah guna”.

Tambahnya lagi, had tersebut biasanya diaktifkan apabila “seseorang menambah rakan terlalu banyak diluar rangkaiannya, menghantar mesej yang berulang-ulang atau membuat hantaran terlalu kerap di group” .

“We have limits in place to prevent behavior that other people on Facebook may find disruptive or abusive. These limits are usually triggered when someone is adding too many friends outside of their network, sending repetitive messages, or posting too frequently in groups.” – Azwan,  Global Marketing Solutions

Pihak facebook kemudian memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi TTKM.

“Kindly accept our sincere apology for any inconvenience this may have caused. We hope the information provided above clarifies your concern. “ – Azwan,  Global Marketing Solutions

Sementara itu, admin TTKM yang dihubungi Buletin TTKM berkata maklum balas dari Facebook itu agak mengelirukan.

“Jawapan FB itu agak umum. Sebagai sebuah laman FB, kami tidak pernah langsung menambah rakan, menghantar mesej berulangan atau menghantar mesej berulangan, mahu pun membuat posting di group seperti yang didakwa. Perkara sedemikian hanya boleh dilakukan oleh FB individu, bukan FB page. Jika ia ditujukan kepada likers atau followers TTKM yang memberikan komen berulangan, itu juga diluar kemampuan kami untuk menapisnya kerana terdapat beribu-ribu komen pada setiap hantaran TTKM ” – Admin TTKM.

Tambah admin tersebut lagi, pem’benaman’ itu terjadi selepas  berkongsikan status laman FB  Korek Korek mengenai kes amah yang dirogol.

Pada 15 Julai lepas, page TTKM di’flag’ menyebabkan capaian laman tersebut jatuh sehingga lebih 90% menyebabkan setiap hantaran TTKM tidak dipamerkan di garis masa para likers dan pengikut.

Oleh sebab itu, TTKM telah membuat page baharu di TTKM-Reloaded sebagai ‘back up’.

Baca berita sebelum ini : https://ttkm.com.my/2019/07/18/rip-ttkm-fb-page-ttkm-diflag-oleh-facebook-capaian-jatuh-mendadak/

Berikut merupakan mesej penuh dari pihak facebook:

” We truly understand the importance of regaining the access to your Page in order to continue your business with Facebook. Therefore, we raised an appeal and the respective team had thoroughly reviewed the asset. This page is affected by a temporary feature limit that will expire within less than 5 days.

We have limits in place to prevent behavior that other people on Facebook may find disruptive or abusive. These limits are usually triggered when someone is adding too many friends outside of their network, sending repetitive messages, or posting too frequently in groups. Most blocks are temporary and once you are allowed to use this feature again, you may need to slow down or stop this behavior so you don’t get blocked again. The limit will lift within less than 5 days.

Kindly accept our sincere apology for any inconvenience this may have caused. We hope the information provided above clarifies your concern. Please be informed that you will receive a short survey after this email. I really appreciate your kind participation and share your experience towards my service.

We look forward in making your journey with Facebook a better one.

Azwan Global Marketing Solutions

Untuk rekod, pada 28 Mei lepas, perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah melancarkan pejabat facebook Malaysia sambil mengingatkan Facebook dan penyedia platform lain untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini untuk memastikan bahawa dunia media sosial kekal sebagai platform untuk perubahan positif.

facebook malaysia.jpg
Dr Mahathir ketika merasmikan pejabat Facebook di Q Sentral 2 di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir Gobind Singh (dua, kanan), Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al- Ishsal Ishak (kiri), Naib Presiden Asia Pasifik Facebook Dan Neary (kanan) dan Nicole Tan (dua, kiri). Foto Bernama.

Perdana menteri tertua di dunia itu dilaporkan berkata kebebasan berinternet harus berada dalam sempadan perundangan negara.

“Apa yang haram di luar talian, lazimnya haram juga dalam talian. Kebebasan bersuara bukan ‘lesen’ untuk menyalahgunakan sesuatu, tetapi ia adalah tanggungjawab. Kebebasan bersuara yang tidak dibendung oleh pekerti mulia manusia akhirnya sekadar mengundang malapetaka kepada masyarakat,” – Tun Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, beliau juga berharap Facebook akan meningkatkan ciri Laporan Penguatkuasaan Piawaian Komuniti untuk menangani lebih banyak bentuk suara kebencian, terutama yang boleh menyebabkan ketegangan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Laman facebook TTKM mula beroperasi sejak 2014 dan setakat ini mempunyai hampir 500k pengikut. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.