Kes rogol amah: “Kecuaian tidak melampirkan laporan forensik satu kesilapan serius, memalukan” – Wanita MCA

Kenyataan Media Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie

Kecuaian tidak melampirkan laporan forensik satu kesilapan yang amat memalukan – Wanita MCA mendesak Ketua Polis Perak memberi penjelasan

Laporan bahawa kes tuduhan rogol terhadap Exco Perak Paul Yong telah ditolak dan dikembalikan akibat polis gagal melampirkan laporan pakar forensik dan perubatan adalah amat mengejutkan.

Lebih membimbangkan lagi, ia dikhuatiri akan menangguhkan proses perbicaraan mahkamah tentang kes dakwaan Exco Paul Yong merogol pembantu rumahnya. Sehubungan itu , selaku Ketua Polis Perak, adalah obligasi Datuk Razarudin Husain untuk memberi penjelasan yang sepenuhnya dan meminta maaf kepada mangsa dan rakyat jelata.

Ia penting dan perlu memandang kecuaian ini telah menyebabkan satu kes pendakwaan jenayah ditolak dan melengahkan procedure kehakiman.  Oleh itu, insiden ini amat serius dan pasti akan, tidak sekadar menjejaskan integriti dan kredibiliti PDRM malahan imej negara di persada dunia .

Akibatnya, Timbalan Pendakwa Raya terpaksa mengembalikan kertas siasatan kepada PDRM kerana “tidak cukup bukti”. Ini memang tidak munasabah dan tidak boleh diterima sama sekali . Oleh itu , kami meminta agar Ketua Polis Perak untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang terlibat , demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie  menegaskan “Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang”  , dan sebagai pelindung dan pembela rakyat,  PDRM adalah digesa untuk mengamalkan sikap profesional, akauntabiliti, ketelusan dan berkecuali semasa menjalankan tugasan mereka,  demi memastikan kebenaran dipertahankan dan keadilan ditegakkan untuk mangsa yang dianiaya dan cukup menderita , disamping memperkasakan maruah PDRM yang selama ini, disanjungi rakyat jelata.

Wanita MCA akan terus mempertahankan hak dan kepentingan golongan kurang upaya khususnya kaum wanita, tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraannya. Kami memandang serius dan tidak akan mendiamkan diri dalam mana-mana cubaan oleh pihak berkuasa untuk melindungi suspek tuduhan rogol, dan pada masa yang sama memastikan hak dan kepentingan mangsa senantiasa  dipertahankan . Sesungguhnya, melindungi dan menegakkan keadilan untuk si mangsa dan mereka yang teraniaya adalah obligasi sosial dan tanggungjawab kita  bersama”.

Oleh itu, demi reputasi dan kredibiliti PDRM, Ketua Polis Perak perlu memberi penjelasan tentang kesilapan ini dan meminta maaf dengan serta merta. – Buletin TTKM-


Kenyataan akhbar ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.