Kes rogol amah: Polis Perak buat laporan polis terhadap laman FB, nafi laporan forensik hilang.

Ipoh, 30 Julai : Ketua Polis Perak hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan oleh satu laman facebook yang mempersoalkan laporan forensik hilang berhubung kes siasatan rogol amah yang melibatkan seorang adun DAP yang disifatkan beliau sebagai fitnah.

Beliau turut berkata satu laporan polis telah dibuat oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.

Menurut Ketua Polis Perak, Razarudin Husain,  dakwaan pemilik akaun “1 Malaysia Tolak DAP” itu merupakan suatu fitnah dan dilihat mampu mencabar kewibawaan polis.

“Satu laporan polis dibuat polis Perak berikutan tindakan pemilik Facebook 1 Malaysia Tolak DAP yang memuat naik status berbunyi ‘laporan forensik kes rogol exco DAP Perak dilaporkan hilang. Bagaimana boleh hilang? Ada tangan ghaibkah yang mengarahkan laporan forensik tersebut dilenyapkan?’ dengan mengaitkan kenyataan media ketua Wanita MCA,”  – Dato Razarudin Husain

Razarudin berkata siasatan berkaitan dakwaan itu dilakukan Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memfitnah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

67433765_2505212883042325_4472656574141169664_n.jpg
Kenyataan akhbar Ketua Polis Perak.

Beliau turut menasihatkan semua pihak tidak membuat kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan dan menidakkan ketelusan, keadilan dan nama baik polis.

Pemerhatian Buletin TTKM  di laman FB “1 Malaysia Tolak DAP” walaubagaimanapun mendapati status laman FB itu agak berlainan dari yang dinyatakan oleh Ketua Polis Perak iaitu:

“Eh betul ke laporan forensik tu tak dilampirkan sekali? Betul ke bende alah tu dah hilang? Mana mungkin dong.. Polis Malaysia ni kan cekap. 😏Yang pasti ada orang yang sudah kehilangan telornya. Awokawokawok” – 1 Malaysia Tolak DAP.

Hasil carian di facebook, Buletin TTKM sebaliknya mendapati status yang lebih kurang sama seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Perak itu dinaikkan oleh seorang pengguna facebook bernama Hafizi Harris dan statusnya itu tular di media sosial sehingga mendapat lebih 2k perkongsian:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2078127759148649&set=a.1375722789389153&type=3&theater

Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol majikannya, yang juga adun DAP dan EXCO kerajaan negeri Perak.

Polis sudah melakukan tangkapan dan menahan suspek pada 9 Julai bagi bagi menjalankan siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan. Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. – Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.