FB page TTKM di’benam’ facebook kali kedua.

Facebook 31 Julai : Tidak sampai 24 jam selepas di’bebaskan’ dari dibenam 15 hari, laman facebook troll politik no 1 negara, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia kini dibenam kali kedua.

Menurut maklumat yang diperoleh dari “page insight FB”, pembenaman bermula lebih kurang jam 9 malam semalam yang  sebelum itu dibebaskan pada jam 6 pagi.

Capaian laman tersebut jatuh mendadak sehingga 98% kesan ‘pembenaman’ tersebut.

“Benam” merujuk hukuman yang dikenakan oleh facebook kepada laman FB yang melanggar ‘standard komuniti’ mereka dengan mengurangkan capaian.

Kesannya, hantaran laman FB tidak dipamerkan pada garis masa para likers dan followers.

Pada 15 Julai lalu, FB page TTKM pertama kali dibenam selepas berkongsikan status dari laman Korek Korek berkenaan kes rogol amah yang didakwa dilakukan oleh adun DAP.

Facebook mendakwa ‘limit’ yang dikenakan kepada TTKM adalah kerana untuk “menghalang sikap yang orang lain di Facebook rasa ia mengganggu atau salah guna”.

Menurut facebook, had tersebut biasanya diaktifkan apabila “seseorang menambah rakan terlalu banyak diluar rangkaiannya, menghantar mesej yang berulang-ulang atau membuat hantaran terlalu kerap di group” .

“We have limits in place to prevent behavior that other people on Facebook may find disruptive or abusive. These limits are usually triggered when someone is adding too many friends outside of their network, sending repetitive messages, or posting too frequently in groups.” – Azwan,  Global Marketing Solutions Facebook.

Baru-baru ini, terdapat beberapa pages dan FB individu mengadu mengalami pengurangan capaian, di mana rata-ratanya adalah kritikal terhadap kerajaan.  -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.