Analisis: Memo solat denda RM500, sahih atau palsu?

Oleh : Editorial TTKM

Kuala Lumpur 1 Ogos: Sehingga petang ini, pelbagai versi berita berbeza mengenai memo dari satu syarikat di Klang yang melarang pekerja beragama Islam dari mengerjakan solat diluar waktu makan tengah hari dilaporkan.

Sinar Harian melaporkan pihak kilang menafikan ada mengedarkan memo terbabit dengan memetik Adun Meru yang berkata wakilnya telah mendapatkan pengesahan dari kilang terbabit.

Laporan Sinar Harian: 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, wakil pejabatnya menghubungi kilang tersebut selepas mengetahui tentang satu memo yang tersebar di media sosial.

Menurutnya, pihak kilang menafikan memo yang tersebar itu dikeluarkan mereka.

“Saya minta pihak syarikat lapor polis sekiranya benar ini satu sabotaj seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Mohd Fakhrulrazi, beliau tidak akan memberi muka kepada pihak yang tidak menghormati dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

“Saya berjanji tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini berlaku. Tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Manakala New Straits Time pula memetik pengurus operasi Hond Tat Industries Sdn Bhd sebagai berkata memo tersebut adalah palsu sambil tidak menolak andaian memo itu adalah suatu tindakan sabotaj. Walau bagaimanapun, NST tidak memberikan nama pengurus terbabit.

Laporan NST: 

Hond Tat Industries Sdn Bhd has denied issuing a memo barring its Muslim staff members from performing prayers during office hours.

Its operations manager, who declined to be named, said the company does not prohibit Muslim employees from praying on its premises during working hours, as claimed in a fake memo which has gone viral on social media.

“This is an act of sabotage. There is no signature on the memo and no approval by the top management. Anyone can take the letterhead and print it.

“We will be lodging a police report on this matter soon. No Muslim staff (member) is forbidden from performing prayers during working hours,” she told the New Straits Times.

She added that the irresponsible act may have been committed by a disgruntled employee.

Sementara itu, Utusan Online pula mendakwa memo tersebut adalah sah dengan memetik kenyataan dari pekerja kilang terbabit. Walau bagaimanapun, nama pekerja tidak didedahkan.

Laporan Utusan Online:

Pekerja sebuah kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar mengesahkan bahawa memo larangan dan denda RM500 jika solat adalah benar.

Pengesahan itu sekaligus bertentangan dengan penafian yang dibuat pengurusan syarikat terbabit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar.

Bagaimanapun, jelas pekerja yang enggan namanya didedahkan itu, selepas memo tersebut diedarkan dan menjadi isu, pihak pengurusan syarikat telah menukar waktu rehat bagi menyelesaikan hal tersebut.
“Memo berkenaan memang sah tetapi ia sudah diselesaikan, hal ini terjadi kerana wujud salah faham berikutan pengurus syarikat bukan beragama Islam tidak memahami waktu solat umat Islam.
“Wakil pekerja beragama Islam sudah berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat dan perkara ini dianggap selesai,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Laporan FMT

A company in Klang has retracted a memo barring its Muslim staff from performing prayers during office hours.

Plastic bag manufacturer Hond Tat Industries Sdn Bhd said there was a misunderstanding over the memo dated July 30.

“All the workers were angry,” a spokesman for the company told FMT.

She said the memo had yet to be posted on the company’s whiteboard.

Cubaan Buletin TTKM berulang kali menghubungi syarikat Hond Tat pula tidak berhasil sejak  pagi tadi.

Pada mulanya kami diberitahu pengurus bahagian HR sedang bermesyuarat sejak 10 pagi hingga 3 petang.

Pada jam 3.15 dan 3.50 petang pula panggilan kami dijawab tetapi diletakkan di talian menunggu selama beberapa minit tetapi kemudian telefon diletakkan. – Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: