Petisyen mohon YDPA dan Sultan Selangor tarik pingat Tan Sri LKY dilancarkan netizen

Internet, 7 Ogos: Berang dengan tindakan Tan Sri Lee Kim Yew menukarkan warna putih jalur gemilang kepada warna hitam, netizen telah melancarkan petisyen di atas talian supaya pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada taikun itu dilucutkan.

Petisyen yang dimulakan oleh MUHAMMAD ALIF AZRAI BIN NORIZAN itu berkata dalam satu kenyataan bahawa tindakan pengasas dan pengerusi Country Height Holding itu yang mencemari kesucian Jalur Gemilang ketika menyampaikan kritikan terhadap Kerajaan merupakan suatu tindakan yang melampau dan tidak boleh diterima sama sekali.

Tambah kenyataan itu lagi, Jalur Gemilang hendaklah sentiasa dihormati dan dijunjung tinggi oleh seluruh rakyat pada setiap masa meskipun berlaku perbezaan pandangan dalam beberapa isu.

“Oleh yang demikian, kami yang bertandatangan di bawah ini, mengemukakan petisyen, serta memohon ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan untuk melucutkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota Malaysia (P.S.M) yang dianugerahkan kepada Tan Sri Lee Kim Yew pada 1997.

Kami juga memohon ke hadapan Majlis Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya untuk Baginda Tuanku melucutkan darjah kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) yang dianugerahkan pada 1994. Petisyen ini juga kami persembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi Negeri Kedah Darul Aman serta Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang untuk mengambil langkah serupa. Orang seperti ini pada hemat kami, tidak selayaknya untuk memakai segala gelaran dan darjah kebesaran kerana tindakannya yang jelas menunjukkan ketidak setiaannya kepada Malaysia.”

Petisyen itu boleh ditandatangani di sini : https://www.change.org/p/hm-the-yang-di-pertuan-agong-revoke-the-federal-decorations-from-tan-sri-lee-kim-yew

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.