Setelah dikecam netizen, blog Tan Sri LKY buang imej jalur gemilang yang disunting.

Internet, 7 Ogos: Setelah mendapat kecaman hebat netizen kerana menukarkan warna putih jalur gemilang kepada warna hitam, blog Tan Sri Lee sebentar tadi telah membuang imej tersebut.

Blog Pengasas dan Pengerusi Country Height Holding Bhd itu kini telah menukarkan imejitu dengan imej beberapa jalur gemilang berjalur merah putih.

Terdahulu, taikun tersebut dikecam hebat di media sosial kerana tindakan beliau itu dianggap tidak menghormati jalur gemilang, apatah lagi dalam keadaan negara yang sedang menunggu ketibaan hari kemerdekaan 31 Ogos.

Buletin TTKM mendapati tindakan beliau itu  dilihat sebagai sindiran kepada menteri pendidikan, Dr Maszlee dalam isu pengajaran Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan. (Dr Maszlee pada tahun lepas membuat pengumuman mengenai penukaran kasut putih kepada kasut hitam.)

“Diinspirasikan oleh kasut putih kepada kasut hitam. Jalur Gemilang ditukar dari jalur putih kepada jalur hitam.  Ini mungkin projek seterusnya yang akan diperkenalkan oleh kementerian pendidikan selepas mewajibkan Jawi menjadi keutamaan, dan bukan “tangkap Jho Low” dan “Dakwaan-dakwaan terhadap Najib. HAHAHA” – Tan Sri Lee Kim Yew. 

ky2

Terdahulu, hantaran Tan Sri Lee Kim Yew di laman facebooknya turut dipadamkan setelah mendapat komen kecaman dari netizen.

 

pingat.JPG

– Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.