June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Tindakan menyunting bendera kebangsaan biadap!

BIADAP.

Oleh : Khairul Azri.

Mula-mula bila orang tag, ingatkan fake profile atau akaun parodi mendiang Lee Kuan Yew.

Bila semak semula rupanya akaun ini sememangnya milik tycoon dan Billionaire Tan Sri Lee Kim Yew, iaitu pemilik multi-billion company Country Heights Holdings Bhd.

 

Di dalam posting fb pages beliau (https://bit.ly/2OJCqdG), beliau tanpa segan silu telah melakukan ‘flag desecration’ terhadap Jalur Gemilang.

Kononnya dengan niat menyindir KPM(Baca: Dr Maszlee) bendera Malaysia dengan jalur hitam ini adalah inspired by cadangan kasut hitam yang dikeluarkan oleh KPM tidak berapa dahulu.

67599556_10220217945747707_8169538429948788736_n.jpg
Tangkap layar hantaran FB yang sudah dipadamkan admin FB page Tan Sri LKY.

Dengan niat menyindir juga, kononnya bendera versi ini boleh menjadi priority daripada ‘Tangkap Jho Low’ dan ‘Pendakwaan Najib:

Membaca pautan lamanweb peribadi beliau di posting beliau yang juga mengandungi poster jijik berkenaan dengan lebih lanjut,

Rupanya ini adalah cara beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengenalan tulisan Jawi dan Khat di sekolah sekolah.

Yang kelakarnya beliau melalut dari orang Islam di Malaysia dikongkong (regulated), kepada jasa Lim Kit Siang yang tak pegang apa² jawatan lepas PRU kepada Malu Apa Bossku and The X-Rated video (baca:video semburit) sebagai isu dengan nilai ISLAMIC yang lebih penting untuk diselesaikan. Apa yang cuba disampaikan pun tak tahu.
.

Apapun, berbalik kepada poster pada posting asal beliau, saya ingin ingatkan walau siapa pun anda, kayanya atau Billionaire pun anda, anda TAK ADA HAK untuk DEFACE ataupun melakukan FLAG DESECRATION terhadap Bendera Malaysia walaupun dengan niat bergurau.

Kerana ia bagaikan sebuah penghinaan kepada seluruh rakyat bagi sebuah negara yang berdaulat, lihat sahaja apa yang berlaku di Indonesia apabila Sang Merah Putih mereka dihina?

Adakah Tan Sri lupa akan kekecohan yang telah berlaku apabila beberapa rakyat Australia melakukan ‘flag desecration’ terhadap jalur gemilang beberapa tahun dahulu?

Adakah Tan Sri lupa kekecohan yang telah berlaku apabila bendera Malaysia telah ‘dihitamkan’ dan diterbalikkan oleh segelintir rakyat Malaysia tkdak berapa lama dahulu?

Jadi saya mohon supaya Tan Sri delete posting tersebut, mohon maaf dan JANGAN jadi BIA DAP.

Sekian.


Artikel yang disiarkan adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: