Flip-flop: Pengajaran khat jawi di SRJK kini adalah pilihan, tidak wajib.

PUTRAJAYA, 8 Ogos: Guru-guru di sekolah vernakular cina dan tamil diberi kebebasan untuk memilih sama ada mahu mengajar khat, kata menteri pendidikan, Dr Mazlee Malik.

Selain itu, cadangan pembelajaran bab tersebut yang sebelum ini adalah enam muka surat dalam buku teks Bahasa Melayu, kini dikurangkan kepada tiga muka surat.

“Kabinet telah membuat keputusan untuk memberi guru kuasa untuk membuat keputusan bagaimana mereka mahu mengajar. Tidak masuk dalam peperiksaan, tidak masuk dalam ujian, ia tidak diwajibkan” – Dr Mazlee Malik.

Dengan keputusan ini, guru-guru di sekolah vernakular boleh memilih untuk mengajar khat sekiranya mereka mahu. Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah kebangsaan diwajibkan mengajar bab tersebut sebagai sebahagian dari subjek Bahasa Melayu tahun depan seperti yang dijadualkan.
Kenyataan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Sebelum ini, Dr Maszlee berkata pengajaran enam muka surat khat jawi di SRKJ akan diteruskan, malah perdana menteri, Tun Dr Mahathir turut mengatakan perkara tersebut adalah muktamad.

Pada Isnin lepas,  12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) dengan alasan ia tidak membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar.

“Kami tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid SJKC dan SJKT kerana tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran subjek itu. Malah ia tidak memberi bantuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu,” – Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen

Negara Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular. – Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: