Laman FB Tan Sri LKY tidak dapat diakses.

Facebook, 9 Ogos: Selepas memohon maaf kerana menukarkan warna jalur putih  bendera kebangsaan kepada jalur hitam, laman facebook Tan Sri Lee Kim Yee tidak dapat diakses hari ini dipercayai dinyahsiar (unpublished).

Buletin TTKM yang melawati laman FB taikun itu malam tadi mendapati ruang komen laman FB tersebut menerima ribuan komen negatif dan troll.

Seorang facebookers semalam sempat merakamkan  ruang komen laman facebook Pengasas dan Pengerusi Country Heights Holding Bhd itu yang dipenuhi dengan kritikan berbaur perkauman dan maki hamun dari netizen:

Beberapa hari lalu, Tan Sri LKY menaikkan imej bendera kebangsaan yang ditukarkan jalur putih kepada warna hitam di laman blog beliau yang kemudian turut dikongsikan di laman facebooknya.

ky2

“Diinspirasikan oleh kasut putih kepada kasut hitam. Jalur Gemilang ditukar dari jalur putih kepada jalur hitam.  Ini mungkin projek seterusnya yang akan diperkenalkan oleh kementerian pendidikan selepas mewajibkan Jawi menjadi keutamaan, dan bukan “tangkap Jho Low” dan “Dakwaan-dakwaan terhadap Najib. HAHAHA” – Tan Sri Lee Kim Yew. 

Beliau melakukan perkara itu sebagai sindiran kepada Dr Maszlee Malik diatas cadangan pihak kementerian pendidikan memperkenalkan seni khat jawi untuk SRJK darjah 4 bermula tahun depan.

Tindakan beliau yang dianggap tidak menghormati jalur gemilang itu mendapat kritikan teruk di media sosial sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan maaf semalam.

-Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.