Pengajaran khat jawi :Dong Zong dan Jiao Zong tetap bantah walaupun ia pilihan, tidak wajib.

PETALING JAYA, 8 Ogos: Kumpulan pendesak pendidikan cina Dong Zong dan Jiao Zong sekali lagi tetap membantah keputusan kerajaan memperkenalkan bab khat dalam Bahasa Melayu tahun 4 di SRJK mulai tahun depan, walaupun kerajaan mengumumkan pengajaran subjek tersebut kini adalah pilihan dan tidak lagi wajib.

(Kerajaan juga membuat keputusan mengurangkan muka surat bab tersebut di buku teks Bahasa Malaysia dari 6 muka kepada 3 muka surat, selain menyatakan bab tersebut tiada dalam peperiksaan mahupun ujian. )

Dalam satu kenyataan yang disiarkan awal malam tadi di laman facebooknya, Dong Zong dan Jiao Zong yang dikenali sebagai DZJ berkata keputusan kerajaan berhubung bab khat tidak mengendurkan kebimbangan orang Cina dan India kerana mereka mendakwa unsur agama dilibatkan.

Mereka turut bersetuju dengan Majlis Konsultasi Budda, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yang mengatakan pengajaran khat adalah bercanggah dengan artikel 12(3) perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahawa “no person shall be required to receive instruction or take part in any ceremony or act of worship of a religion other than his own.”

Tambah DZJ lagi, kaligrafi khat adalah dihubung rapat dengan pengajaran Islam kerana ia menggunakan ayat-ayat dari al-Quran.

“Jadi memperkenalkan khat di sekolah vernakular bukan sahaja ada unsur agama tetapi ia tidak sesuai” – Kenyataan DJZ

Tambah mereka lagi, beberapa ahli akademik dan kajian mengatakan khat digunakan untuk pengajaran Islam. Oleh kerana itu, adalah tidak betul bagi orang bukan islam dipaksa untuk belajar khat.

“Malaysia adalah negara sekolar dan walaupun Islam adalah agama rasmi, rakyat ada kebebasan untuk mempraktikkan kepercayaan mereka. – Kenyataan DJZ

Sebarang implimentasi yang mengandungi unsur agama di sekolah vernakular adalah bertentangan dengan perlembagaan persekutuan” – Kenyataan DJZ. 

Berikut merupakan kenyataan penuh :

KENYATAAN RASMI KALI KEDUA DONG JIAO ZONG BERKENAAN ISU PENULIS KHAT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN. – 8 OGOS 2019.
.
坚决要求撤销国民型小学教导Khat
董教总针对今日教育部长马智礼对国民型小学教导爪夷文书法(Khat)为选修的媒体声明,认为这并未解决问题根本,如解除华印等多元族群的忧虑,与此同时,基于最新的资讯显示,推行Khat的措施已经涵盖宗教教义的元素,因此,董教总坚决要求教育部立即撤销在国民型小学马来文课教导Khat的措施。

Kami Dong Jiao Zong berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dapat menyelesaikan masalah secara keseluruhan seperti menyelesaikan kebimbangan masyarakat Cina dan India. Selain itu, mengikut maklumat terkini, pengenalan tulisan Khat ini mempunyai unsur keagamaan. Oleh itu, Dong Jiao Zong berpendirian tegas bahawa perlaksanaan ini perlu dibatalkan di peringkat sekolah rendah jenis kebangsaan.

(一)我们认同五大宗教咨询理事会的看法,Khat是阿拉伯书法,与伊斯兰息息相关,因此,在华淡小介绍或学习Khat,不仅是涉及宗教教义或元素的不当做法,而且可能抵触联邦宪法第12(3)条文。

(1) Kami setuju dengan pendirian MCCBCHST (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism), iaitu Khat adalah sejenis Kaligrafi Arab dan berkaitan dengan agama Islam. Oleh itu, memperkenalkan Khat di SJKT atau SJKC bukan sahaja melibatkan unsur keagamaan tapi juga satu perbuatan yang kurang sesuai. Ia berkemungkinan bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan 12(3).

诚如一些学者的研究成果和文献资料所示,Khat 乃一种推广可兰经和传播伊斯兰教义的文体,强制非穆斯林学子从小学习并不恰当。马来西亚是一个恪守世俗化原则的国家,伊斯兰教虽然作为联邦的官方宗教,惟宪法保障国人宗教信仰自由,因此在国民型学校传播任何涉及宗教教义的内容,都是违反宪法的做法。

Sepertimana kajian dan kenyataan sesetengah ahli akademik, tulisan Khat adalah satu bentuk media yang diguna pakai untuk tujuan dakwah agama Islam dan adalah tidak sesuai sekiranya memaksa murid-murid bukan Muslim untuk mempelajarinya. Malaysia adalah sebuah negara yang mengikut prinsip sekular dan walaupun agama Islam sebagai agama rasmi namun rakyat mempunyai kebebasan untuk beragama. Oleh itu, perlaksanaan sebarang bahan berunsur agama di SJK adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

(二)我国奉行世俗体制,以世俗法治国,这是各族人民的默契,也是维护全民利益、维系社会和谐的重要基础。我们提醒当局,任何政策制定必须审慎考量多元族群和宗教的现实,做好政府与民众之间的沟通,避免影响社会互信,才能让国家发展重新回归正轨。

(2) Negara kita mengamalkan sistem sekular dan ia merupakan satu persetujuan antara kaum dan juga sebagai unsur asas perpaduan. Kami ingin mengingatkan kepada pihak berkenaan bahawa sebarang polisi yang dicadangkan perlu bersesuaian dengan kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat dalam negara kita. Kami juga menyeru supaya komunikasi antara kerajaan dan rakyat amat penting untuk memastikan kepercayaan antara satu sama lain dan membawa negara berpandu ke arah kemakmuran.

(三)有鉴于此,董教总坚决要求教育部马上撤销在国民型小学国文课教导Khat的措施,以确保华淡小的特征不被侵蚀。

(3) Oleh itu, DJZ berpendirian tegas supaya KPM menghentikan perlaksanaan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu SJK untuk memastikan keunikan SJKT dan SJKC tidak dipengaruhi.

TAMAT.

Negara Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.