Replika buku diroboh kerana faktor keselamatan – DBP

KUALA LUMPUR: Replika buku di bumbung bangunan menara Dewan Bahasa dan Pustaka akan dirobohkan kerana faktor keselamatan.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat setelah mendapat nasihat dari pakar Jabatan Kerja Raya.
“Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan.

DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” 

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.
67760923_2875680579169558_7945529501478289408_n
Terdahulu, di media sosial tular dakwaan yang mengatakan struktur yang kelihatan seperti rehal itu dirobohkan kerana mendapat bantahan parti politik tertentu. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.