Formula turun harga minyak berjaya dilaksanakan, stabilkan kenaikan harga barang – Rafizi Ramli

 

Twitter, 10 Ogos: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli atau lebih dikenali sebagai Lapuiji berkata formula menurunkan harga minyak berjaya dilaksanakan sejak 10 Mei 2018 iaitu dengan mengembalikan subsidi minyak kepada rakyat untuk menstabilkan kenaikan harga barang.

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya sebagai menjawab pertanyaan seorang pengguna twitter lain.

Tambah Lapuiji lagi, hasil dari formula beliau itu, harga minyak kembali stabil walaupun harga minyak mentah mengalami turun naik.

Beliau juga berkata berbilion ringgit telah dibelanjakan dalam bentuk subsidi untuk tujuan ini menyebabkan inflasi cuma 1% berbanding kadar inflasi paling tinggi di waktu pemerintahan Najib Razak.

Buletin TTKM mendapati kerajaan tidak menurunkan harga minyak pada 10 Mei 2018 seperti yang didakwa Lapuiji, sebaliknya pada 16 Mei 2018, kerajaan mengumumkan harga minyak kekal seperti harga pada kerajaan BN terdahulu sejak 22 Mac 2018 dengan memberikan subsidi.

“Tiada naik atau turun (harga bahan api), kalau harga minyak global naik kerajaan akan subsidi,” Tun Dr Mahathir. 

Pada ketika itu, harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.47 seliter dan diesel pada RM2.18 seliter.

Walaubagaimanapun, pada Disember 2018, bekas perdana menteri Najib Razak menempelak kerajaan kerana tidak menurunkan harga minyak oleh kerana harga minyak global mengalaman penurunan mendadak.

Katanya, mengikut sistem Mekanisme Harga Automatik (APM) seperti dilaksanakan oleh BN sebelum ini, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter.

“Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34 sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini.

“Tetapi Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk ‘Senyap-Senyap Tibai’. Kata nak bagi subsidi minyak kepada rakyat, rakyat juga yang beri subsidi kepada kerajaan,” – Najib Razk.

Oleh kerana itu, kerajaan kembali menggunakan sistem apungan pada 12 Januari 2019 menyebabkan harga minyak mengalami sedikit penurunan.

RON95 : RM1.92 seliter
RON97 : RM2.22 seliter
Diesel : RM2.05 seliter

Manakala pada 27 Februari 2019, menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini.

Perbezaan harga

Buletin TTKM dengan ini menunjukkan perbezaan harga bahan api terakhir ketika zaman pemerintahan BN dengan yang terkini di bawah pemerintahan PH.

Harga bahan api 22 Mac 2018 – 8 Mei 2018 (Kerajaan BN)

RON95 : RM2.20 seliter,

RON97 : RM2.47 seliter

Diesel : RM2.18 seliter.

Harga bahan api terkini 10 Ogos 2019- 16 Ogos  2019 (Kerajaan PH)

RON95 : RM 2.08 seliter

RON97 : RM 2.49 seliter

Diesel : RM 2.18 seliter.

Perbezaan harga di bawah kerajaan PH

Ron 95 : Turun 12 sen.

Ron 97: Naik 2 sen.

Diesel : kekal.

Pada kempen PRU14 yang lalu, Lapuiji berkata kerajaan mampu menurunkan harga petrol dari RM2.20 kepada RM1.80. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.