Ini apa sebenarnya yang berlaku..

KUALA LUMPUR, 11 Ogos—  Polis hari ini mendedahkan bahawa mangsa yang maut semalam selepas pergelutan dirempuh oleh pemandu lain selepas mangsa menyerangnya dengan kayu besball.

Berdasarkan laporan siasatan awal, insiden semalam berlaku selepas mangsa memandu kenderaannya kearah kereta suspek, yang kemudiannya menyebabkan kejar mengejar yang berakhir di persimpangan Bandar Baru Bangi, lapor The Malay Mail.

“Walau bagaimanapun, mangsa kemudian tidak berpuas hati dan kembali dari keretanya dengan sebatang bet bessball dan memukulnya ke bahagian depan kereta suspek.
Suspek kemudian memandu keretanya ke hadapan dengan pantas dan merempuh mangsa. Mangsa dihimpit di antara kereta suspek dan penghadang jalan” – Laporan Jabatan Jenayah Selangor.
Mangsa, lelaki melayu berumur 29 tahun dibawa ke Pusat Perubatan Nilai untuk rawatan tetapi tidak dapat diselamatkan.
Polis telah menahan suspek, lelaki cina berusia 40 tahun dan isterinya yang berumur 36 tahun.
Polis sebentar tadi telah pun mendapat tahanan reman selama 7 hari bagi melengkapkan siasatan.
Kes disiasat bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Pada perkembangan berkaitan, di media sosial para netizen mempersoalkan bangsa kedua-dua pemandu yang terlibat berdasarkan rakaman video 15 saat yang tular.
Walau bagaimanapun, penyiasat polis menolak khabar angin yang mengatakan unsur kaum menyebabkan pergelutan tersebut dan menegaskan motifnya adalah kerana kemalangan jalanraya. 

Pada perkembangan yang sama, satu ciapan menyayat hati oleh seorang lelaki bernama Zafri Amier, yang juga adik ipar mangsa, menunjukkan anak sulung mangsa yang baru berusia 4 bulan.

“Paksu berjanji paksu akan menjaga kamu dengan baik…Paksu akan sentiasa berada untuk kamu seperti mana ayah kamu lakukan sebelum ini” – Zafri Amier

 

Solat jenazah mangsa dijadualkan selepas Zohor di masjid Masjid Al-Taqwa Bandar Bukit Mahkota, Kajang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Bukit Mahkota hari ini.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version