Oleh : Mohd Redzuan Mohd Yusof
Adab berpolitik kita memalukan!
Apa yang viral harini menunjukkan satu budaya baru yang tak pernah dilihat sebelum ini.
Satu budaya jelek yang memalukan.
Kematian individu mula menjadi modal politik sempit. Jijik!
Apa yang berlaku adalah satu jenayah. Ya. Satu jenayah yang berlaku antara dua individu.
Ini bukan rusuhan perkauman. Isu yang menjadikan kedua pihak bertelagah bukan langsung isu kaum.
Road rage, samseng jalanraya ni satu perkara yang dah lama wujud. Bukan kerana dia Cina. Bukan kerana dia India. Bukan kerana dia Melayu.
Semua bangsa ada samseng jalanraya masing-masing.
Dan kalini, ia melarat jadi jenayah yang lebih berat.
Ramai melompat awal, atas satu persepsi yang tak ada langsung kaitan dengan kes.
Perkauman.
Satu polemik yang membunuh negara kita perlahan-lahan.
Harini kita lihat 20 orang post sebegini, bilangan ini akan bertambah. Ditambah sikap masyarakat yang menerima berita tanpa periksa, perasaan kebencian akan lebih menebal.
Apa yang mereka nak? Nak rusuhan? Kau ingat dengan perangi macam tu, dengan rusuhan yang jadi zikir bibir, duit kau bertambah? Business kau makin maju? Gaji kau makin naik?
Tak. Rusuhan yang kau zikirkan tu akan buat ekonomi lumpuh. Kestabilan hilang, business lari.
Ahhh.. apa kau peduli. Kau nak jadi hero. Nak jadi jantan. Tapi kau tak ada modal. Ini je la peluang yang ada. Nak buat benda lain tak viral nanti. Susah nak kata kau hero kan.
Kita mohon saksi kedepan. Carilah seramai mungkin saksi. Mesti ramai yang nampak, kejadian tengah highway pada musim perayaan.
Tapi jangan tambah lebih dari itu. Bantu cari saksi, bukan bantu hancurkan negara.
Kita nak kematian yang dibela, betul. Itu sepatutnya. Bukan kematian yang diperalatkan. Lebih-lebih lagi untuk perkara yang buruk.
Biar polis siasat. Biar proses yang sepatutnya mengambil tempat. Kalau ada yang tak kena, disitu kita boleh marah, kita boleh protes.
Ni belum apa-apa lagi dah kata yang bukan-bukan. Lebih dari Ahli Nujum kemampuan korang menilik masa depan.
Penulis merupakan seorang peguam di The Law Chambers of Redzuan and Faiezad. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM.