Lelaki dipercayai maut selepas bergelut akibat kemalangan.

Kuala Lumpur 11 Ogos: Seorang lelaki  dipercayai meninggal dunia selepas terbabit dalam satu pergelutan susulan perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi semalam.

Menurut laporan Bernama yang memetik Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof sebagai berkata, polis telah menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.40 tengah hari, dan berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergelutan antara dia dengan suspek lelaki berumur awal 40-an.

“Lelaki yang berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Nilai dan disahkan meninggal dunia,”  – ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes itu dengan menelefon 016-406 4202, atau hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, adik ipar mangsa yang dikenali sebagai Fizie di twitter merayu kepada orang ramai supaya mencari seorang  lelaki dalam video tular kerana beliau merupakan satu-satunya saksi kejadian.

“Saya merayu supaya ulang tweet ini dan cari pakcik berbaju biru, beliau satu-satunya saksi yang tahu cerita dari awal, menurut doktor arwah abang ipar saya dipukul teruk di bahagian rusuk dan kepala, harap bantu saya dapatkan keadilan untuk abang ipar saya” – Fizie

https://twitter.com/fizieYung/status/1160190940847300608

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak melakukan sebarang sangkaan terhadap apa yang berlaku kerana perkara tersebut kini telah menjadi kes polis.

Pada perkembangan yang sama, satu ciapan menyayat hati oleh seorang lelaki bernama Zafri Amier, yang juga adik ipar mangsa, menunjukkan anak sulung mangsa yang baru berusia 4 bulan.

“Paksu berjanji paksu akan menjaga kamu dengan baik…Paksu akan sentiasa berada untuk kamu seperti mana ayah kamu lakukan sebelum ini” – Zafri Amier

Menurutnya lagi, mangsa akan dibedah siasat pada 9.30 pagi hari ini sementara solat jenazah akan dilakukan selepas waktu zohor di Masjid At Taqwa, Bandar Bukit Mahkota Kajang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Bukit Mahkota.

Kemaskini 9.10am 11 ogos 2019:  Adik ipar mangsa, Zafri dalam satu ciapan pada jam 6 pagi tadi berkata mungkin ada kelewatan solat jenazah kerana mendapat maklumat dari pihak polis bahawa post mortem tidak dapat dipastikan bermula jam berapa.

-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version