“Dong Zong rasis, tak mahu anak cina bercampur melayu” – Tun M.

LANGKAWI 13 Ogos: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai satu pertubuhan yang rasis.

Tegasnya, sifat rasis tersebut jelas terbukti apabila persatuan terbabit tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk idea penubuhan Sekolah Wawasan sebelum ini, lapor Awani.

Menurut beliau, sikap degil Dong Zong juga dapat dilihat apabila pertubuhan itu masih membantah pembelajaran tulisan Jawi dan khat di sekolah-sekolah vernekular meskipun keputusan tersebut telah diluluskan kerajaan BN terdahulu pada tahun 2012.

“Dong Zong ini rasis, (dulu) kita buat sekolah satu kampus, Sekolah Wawasan, sekolah Cina, Tamil dan kebangsaan dalam satu kampus, dia tak mahu kononnya anak dia akan bercampur dengan orang Melayu jadi dia tak suka, semua dia bantah, tak pernah bersetuju dengan apa pun,”  – Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Dong Zong mengadakan petisyen membantah pembelajaran Jawi dan tulisan khat yang dianggap mereka sebagai langkah Islamisasi ke atas bukan Melayu di negara ini.

Menurut Dr Shamser Singh, seorang peguam, penentangan Dr Mahathir dengan Dong Zong bukan sesuatu yang baru.

Menyorot kembali sejarah pada Oktober 1987,  beliau berkata Dong Zong tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Pendidikan (Anwar Ibrahim) ketika itu melantik 100 lebih penyelia dan penolong kanan bagi sekolah sekolah Cina atas alasan mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.

“Dong Zong, bersama Lim Kit Siang dan beberapa ahli DAP yang lain, bercadang untuk mengadakan tunjuk perasaan di KL. UMNO turut berhasrat untuk melakukan tunjuk perasaan besar-besaran sebagai bantahan kepada tindakan Dong Zong. Dr M, yang ketika itu PM dan Menteri Dalam Negeri, dengan bantuan polis, mengarahkan Lim Kit Siang dan 100 lain ditangkap di bawah ISA dalam Operasi Lalang. “ – Dr Shamser Singh

67830126_2365827346965719_7360072613755879424_n.jpg
Muka depan akhbar The Star, Oktober 1987.

Pada perkembangan yang sama, satu petisyen mendesak supaya Dong Zong diharamkan kini mendapat lebih 80k tandatangan.  – Buletin TTKM-

BODOH.jpg

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.