“Maaf, saya bukan saksi, komen cuma ‘copy & paste'”

Kuala Lumpur, 13 Ogos: Seorang pengguna facebook, Izuddin Harith semalam tampil memohon maaf berhubung komen beliau mengenai kes kemalangan di lebuh raya utara selatan tempoh hari yang menyebabkan seorang mangsa maut. 

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya bukan saksi kejadian.  Saya tidak tahu ada yang tangkap layar komen saya ini dan sebarkan” –  Izuddin Harith

Tambahnya lagi, komen beliau itu disalin dari tukang komen sebelum itu kerana terdapat ramai facebookers yang bertanya mengenai kronologi kedian.

“Sebenarnya kenyataan saya ini saya salin dan tampal dari tukang komen sebelum saya keran aramai yang tanya kronologi kejadian. Jadi semasa saya skrol komen-komen, saya jumpa ada yang cerita mengenai kronologi. Saya salin dan tampal dan kongsikan di laman tersebut”Izuddin Harith

Beliau kemudian mengulangi kenyataan bahawa beliau tiada di tempat kejadian.

Berikut merupakan kenyataan maaf penuh beliau di akaun facebooknya:

Tiga hari lepas, komen Izzudin mengenai kemalangan yang menjadi buah mulut netizen itu ditangkap layar  dan ditularkan di media sosial.  -Buletin TTKM

maaf

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam  menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu berhubung insiden kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengakibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pelbagai spekulasi telah dibuat di rangkaian komunikasi dan platform media sosial malah turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipulasi insiden tersebut bagi membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.

“PDRM telah mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi mengenai punca kejadian tersebut.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek dan polis turut menyeru saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,”  – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor

Dalam kejadian pukul 1.40 petang tiga hari lepas, Syed Muhammad Danial maut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos depan bagi membantu siasatan di bawah kanun keseksaan 302.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan anak berusia 4 bulan- Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.