Mon. Oct 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Ambil pekerja bukan melayu sebagai penjawat awam untuk tingkat keberkesanan”- ahli perniagaan pro PH dan penyumbang dana.

2 min read

Kuala Lumpur, 14 Ogos: Ahli perniagaan pro Pakatan Harapan, Koon Yew Yin mencadangkan kerajaan supaya mengambil pekerja bukan melayu sebagai penjawat awam untuk meningkatkan keberkesanan kerajaan.

Tambahnya lagi, komposisi etnik dalam perkhidmatan awam adalah tidak seimbang dengan 78.8% Melayu, 6.1% bumiputra SAbah, 4.8% bumiputra Sarawak, 5.2% Cina dan 4.1 % India setakat Disember 2014.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di blog kendaliannya di sini. 

Melaksanakan DEB sebagai yang awalnya dicadangkan untuk membasmi kemiskinan berdasarkan dasar bukan kaum. Ia bukan semata-mata untuk Bumiputera. Jika sesetengah orang bukan Melayu bekerja di perkhidmatan awam, ia akan meningkatkan keberkesanannya. Mengurus negara seperti menguruskan ratusan syarikat dalam melakukan pelbagai jenis perniagaan.” – Koon Yew Yin 

Berikut merupakan 6 cadangan penuh beliau bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam sektor awam:

“1 Hentikan pengambilan kakitangan awam baru dan secara beransur-ansur, bilangannya akan berkurang apabila semakin ramai pekerja bersara untuk menerima pencen.

2 Kerajaan harus melihat dengan serius senarai pekerja di setiap jabatan dan memberi notis untuk bersara kepada pekerja yang berlebihan.

3 Seperti yang anda tahu, angkatan tentera  tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali pada latihan sasaran.Beberapa dari mereka sepatutnya menggantikan pekerja asing di ladang Felda. 

4 Melaksanakan DEB sebagai yang awalnya dicadangkan untuk membasmi kemiskinan berdasarkan dasar bukan kaum. Ia bukan semata-mata untuk Bumiputera. Jika sesetengah orang bukan Melayu bekerja di perkhidmatan awam, ia akan meningkatkan kecekapannya. Mengurus negara seperti menguruskan ratusan syarikat dalam melakukan pelbagai jenis perniagaan.

5 Kerajaan mesti mengamalkan meritokrasi dalam pemilihan dan promosi pekerja. Dengan cara ini, keseluruhan perkhidmatan awam akan bertambah baik dan kurang diperlukan.

6 Pendidikan adalah kunci kejayaan dalam setiap negara dan guru memainkan peranan yang sangat penting. Pada masa ini hampir semua guru adalah orang Melayu. Kerajaan tidak boleh menggunakan guru berdasarkan bangsa tetapi berdasarkan meritokrasi.” – Koon Yew Yin 

Koon Yew Yin yang juga merupakan penyumbang dana PH pada PRU 14 lepas turut menggesa kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkannya  terlalu besar.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap produktiviti yang rendah.

“Sebagai pembayar cukai, saya rasa tertipu apabila saya lihat banyak wang cukai kita disalurkan kepada gaji penjawat awam yang berlebihan dan berproduktiviti rendah. Ini telah menyebabkan kurangnya pembangunan dan pelaburan di sektor pendidikan dan latihan kemahiran” – Koon Yew Yin

Pada PRU 14 lepas, Koon Yew Yi berkempen untuk Pakatan Harapan, malah mendermakan RM100k untuk setiap parti komponen gabungan tersebut.

“Ketika pilihanraya lepas, saya dermakan lebih RM100, 000 kepada setiap satu dari empat parti komponen  Pakatan Harapan. Lebih dari itu, saya berkempen untuk setiap mereka” – Koon Yew Yin

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: