Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Batalkan status PR Zakir Naik”- SetPol Lim Kit Siang.

2 min read

Kenyataan media Syahredzan Johan pada hari Rabu, 14 Ogos 2019, di Kuala Lumpur

Batalkan status Penduduk Tetap (PR) Dr Zakir Naik

1. Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkenaan dengan warganegara Malaysia berbangsa India dan Cina seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

2. Semua pihak diingatkan bahawa kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan hanya dikhaskan buat warganegara sahaja, bukannya orang asing. Perlembagaan tidak memberi hak kebebasan bersuara secara khusus kepada bukan warganegara. Ini tidak bermakna bukan warganegara tidak boleh bersuara. Tetapi daripada perspektif Perlembagaan, hak mereka tidak dilindungi.

3. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr Zakir Naik telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan ketegangan hubungan di antara kaum. Walau apapun perbezaan kita rakyat Malaysia, rakyat Malaysia rata-rata tidak dapat menerima orang luar yang mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap saudara senegara kita.

4. Adalah jelas bahawa Dr Zakir Naik tidak patut dibenarkan untuk terus berada di Malaysia. Namun demikian, terdapat pihak-pihak yang zahirkan kekhuatiran bahawa sekiranya beliau dihantar pulang ke India, beliau mungkin tidak dapat perbicaraan yang adil bagi pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. Juga terdapat kekhuatiran bahawa nyawa Dr Zakir Naik mungkin dalam bahaya sekiranya beliau pulang ke negara asal.

5. Untuk mengelakkan sitatusi yang tidak diingini sekiranya beliau dihantar pulang ke India, Kerajaan boleh dengan secepat mungkin membatalkan status penduduk tetap (PR) Malaysia yang dimilikinya. Dengan cara ini, Dr Zakir Naik boleh dengan sendiri mencari negara lain yang dapat memberi perlindungan kepadanya dan meninggalkan Malaysia.

6. Pembatalan status PR beliau bukan atas alasan kesalahan-kesalahan penggubahan wang haram yang dihadapinya di India atau dakwaan yang mengaitkannya dengan keganasan, yang kesemuanya belum dibuktikan, tetapi atas sebab kenyataan-kenyataannya yang memprejudiskan ketenteraman awam, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Syahredzan Johan
14 Ogos 2019


Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Syahredzan Johan merupakan seorang peguam dan setiausaha politik Lim Kit Siang-Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: