Bayar cukai RM1.69 bil: “PH mahu saya bankrap, halang saya berpolitik – Najib Razak

Oleh : Najib Razak.

68979452_10156274985675952_2938181410592129024_n.png
Tangkap layar laporan Malaysiakini.

Terlebih dahulu, saya tegaskan sekali lagi bahawa affidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melaporkan dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal:

Tetapi tiba-tiba, saya dituntut untuk membayar denda cukai sebanyak RM1.69 bilion.

Kerajaan PH kata jika ada kes untuk saya merayu pun, bayar dulu denda cukai.

Bulan Mac mereka tuntut RM1.47 bilion.

Selepas beberapa bulan, mereka naikkan lagi denda cukai menjadi RM1.69 bilion.

Kenapa RM1.69 bilion?

Itu ditentukan oleh LHDN sendiri. Mereka kira sesuka hati.

Tidak siapa boleh pertikaikan.

Wang yang diterima sebagai derma sebenarnya tak dikenakan cukai.

Tapi PH masih mahu denda saya.

Wang dari sumber asing tidak sepatutnya dicukai.

Tapi PH masih mahu denda saya.

Dana politik tak boleh dicukai.

LHDN pun dah sahkan dahulu:

Derma politik tak tertakluk cukai, kata LHDN
https://www.malaysiakini.com/news/330547

Tapi PH tetap mahu denda.

Wang RM2.6 bilion masuk dan dikembalikan 4 bulan selepas itu kepada penghantar pada tahun yang sama juga dikira sebagai pendapatan.

Langsung tak masuk akal.

Mereka kata kalau nak rayu pun, bayar dulu lepas itu rayu.

Nak rayu akan pakai masa bertahun-tahun.

Tapi kalau tak bayar sekarang maka saya akan diiisytiharkan muflis, sekaligus hilang kerusi Parlimen.

Barangkali rumah saya dan akaun bank dengan gaji terkumpul saya juga akan disita.

Inilah taktik kotor mereka untuk menyusahkan saya dan menghalang saya berpolitik atau masuk ke Parlimen.

Mereka tidak mahu saya bongkarkan pembohongan berterusan mereka serta salahguna kuasa dan kejahatan mereka.

Tapi bankrap atau tidak, lawan.tetap lawan- Buletin TTKM-


Artikel ini adalah tulisan bekas perdana menteri, Najib Razak yang  merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM -Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.