Sun. Sep 22nd, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Sila minta maaf dalam 24 jam sebelum kami…” – Kelab Veteran Komando Malaysia

2 min read

Facebook, 14 Ogos : Laman facebook Kelab Veteran Komando Malaysia semalam mengeluarkan kenyataaan menggesa ahli perniagaan pro Pakatan Harapan, Koon Yew Yin yang berkata “tentera makan tidur, ganti pekerja asing di ladang Felda” supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan menghina anggota tentera dalam masa 24 jam.

“Mohon rakyat Malaysia sampaikan pesanan kepada si TUA BANGKA ini.. SILA BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DAN MENARIK BALIK KENYATAAN HINAAN TERHADAP ANGGOTA TENTERA SEBELUM SI TUA BANGKA INI KAMI JADIKAN SASARAN DILAPANG SASAR’ Ini kenyataan serius.” – FB Kelab Veteran Komando Malaysia

Kenyataan tersebut turut meminta supaya anggota tentera tidak dilibatkan dengan mainan politik sambil meminta timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong supaya memberi nasihat kepada ahli perniagaan pro Pakatan Harapan itu.

Jangan libatkan anggota tentera dengan mainan politik..kami daripada Kelab Veteran Komando Malaysia akan mengambil tindakan tegas kepada si TUA BANGKA ini jika tidak membuat permohonan MAAF SECARA TERBUKA dalam MASA 24 JAM. Kepada Timbalan Menteri Pertahanan YB Liew Chin Tong sila beri nasihat kepada si TUA BANGKA ini.. – FB Kelab Veteran Komando Malaysia

Pada Isnin, Koon Yew Yin dalam satu hantaran di laman blog beliau memberikan 6 cadangan kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan perbelanjaan di sektor awam yang disifatkan beliau berlebihan.

Salah satu dari cadagan itu adalah supaya anggota tentera menggantikan pekerja asing di ladang Felda.

Seperti yang anda tahu, angkatan tentera  tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali pada latihan sasaran.Beberapa dari mereka sepatutnya menggantikan pekerja asing di ladang Felda. ” – Koon Yew Yin

Timbalan Menteri Pertahanan semalam mengeluarkan kenyataan mengatakan tulisan Koon Ye Yin adalah salah faham awam.

 

Koon Yew Yin sebelum bersara merupakan pengasas syarikat IJM, Mudajaya dan Gamuda.

Koon Yew Yin bersalaman dengan Tun Dr Mahathir sewaktu majlis raih dana  parti PPBM.

Pada PRU 14 lepas, beliau berkempen untuk Pakatan Harapan disamping menghulurkan bantuan kewangan lebih RM100,000 kepada setiap satu parti komponen Pakatan Harapan.

“Ketika pilihanraya lepas, saya dermakan lebih RM100, 000 kepada setiap satu dari empat parti komponen  Pakatan Harapan. Lebih dari itu, saya berkempen untuk setiap mereka” – Koon Yew Yin

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: