Sun. Sep 22nd, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tentera makan tidur”: Koon Yew Yin salah faham, kata Liew Chin Tong

1 min read

Oleh : Liew Chin Tong

Saya telah menulis panjang lebar tentang peranan Angkatan Tentera dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka, serta salah faham orang ramai tentang tugas ketenteraan. (https://www.liewchintong.com/…/tentera-sebagai-pendekatan-…/)

Pada masa aman, Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir.

Salah faham awam yang diperlihatkan melalui tulisan Koon Yew Yin (http://koonyewyin.com/…/my-proposal-for-the-reduction-and-…/) adalah amat dikesalkan. Inilah salah faham yang perlu diperbetulkan, sepertimana salah faham mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (http://www.dailyexpress.com.my/…/review-role-of-armed-forc…/)

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera, untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera, dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan Angkatan Tentera demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia.


Liew Chin Tong, pengerusi DAP Johor merupakan timbalan menteri pertahanan merangkap senator mewakili DAP di dewan negara. Beliau kalah tipis pada PRU14 lepas di tangan Wee Ka Siong. Artikel ini adalah pandangan peribadinya dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: