Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Bila Malaysiakini pernah amalkan etika kewartawanan?

2 min read

Oleh : Raziq Mikael.

Malaysiakini tidak menipu dan kita juga tidak tertipu dengan Malaysiakini.

Malaysiakini, seperti media-media lain ada ‘agenda setting’nya tersendiri. Agenda setting sesuatu media ini berdasarkan ‘who owns the media’. Sebab itu saya tegaskan bahawa sukar untuk impikan kebebasan media dinegara ini. Jika sebelum PRU14 media arus perdana dikuasai oleh BN kini ianya dimiliki oleh PH kecuali Utusan Malaysia yang kekal membawa suara pembangkang kerana masih dimiliki oleh UMNO.

Malaysiakini pro DAP. Maka agenda setting Malaysiakini adalah agenda untuk menghasilkan imej positif DAP. Begitu juga dalam isu Zakir Naik. Daripada keseluruhan ucapan Zakir Naik, Malaysiakini bingkaikan/frame berita berdasarkan kata-kata yang beliau ucapkan dalam tempoh 57 saat itu sahaja. Pembingkaian berita itu amat penting jika mahu pastikan pembaca terus kekal melanggan portal berita berkenaan. Sekali-sekala perlukan headline yang sensitif untuk provok pembaca serta kekalkan kerelevenan portal tersebut.

Maka dalam hal ini, Malaysiakini laporkan berita dengan headline berdasarkan 57 saat ucapan Zakir Naik. Dan berita itu menghasilkan pelbagai reaksi termasuk kecaman dan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Yes, its all about ethics. Tapi Malaysiakini bila masa pernah amalkan etika kewartawanan?

Siapa yang untung daripada pelaporan berita ini? DAP. DAP perlu lari dan jarakkan diri mereka daripada isu sensitif seperti isu Jawi dan isu melibatkan dua taikun pro DAP yang menghina negara (isu bendera Malaysia dan tentera Malaysia).

Berita ini akan buatkan rakyat khususnya Cina dan India marah pada kerajaan dan Mahathir akan kelihatan seperti gagal dan lemah dalam mengawal Zakir Naik sementara DAP akan terus mainkan sentimen kaum kononnya Zakir Naik sangat berbahaya untuk negara sedangkan bahaya sebenar adalah puak2 seperti Dong Zong dan Hindraf.

Ketika ini kemarahan dan kebencian memuncak kepada Zakir Naik dan bukannya pada Dong Zong.

Inilah kehebatan pembingkaian berita!


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian. Raziq Mikael merupakan seorang pensyarah di universiti swasta dan mengajar dalam bidang journalism.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: