Hantar pulang Zakir, kata Syed Sadiq

Kuala Lumpur 15 Ogos: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyertai tiga lagi menteri kabinet yang mendesak supaya pendakwah Zakir Naik dihantar pulang.

Menurut laporan The Star, menteri belia dan sukan itu berkata “Ya” apabila ditanya wartawan adakah beliau menyokong desakan menteri Gobind Singh, M. Kulasegaran dan Xavier Jayakumar supaya menghantar pulang Zakir atas ucapannya yang didakwa berunsur perkauman.

“Serangan terhadap saudara Cina dan India kita adalah serangan terhadap kesemua rakyat Malaysia. Ia adalah mengarut untuk memikirkan bahawa rakyat Malaysia adalah tetamu. Mereka adalah keluarga. Cukup-cukuplah” – Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian kepada whatsapp group media semalam.

Tambah Saddiq lagi, kekuatan Malaysia adalah kerana bersatunya rakyat.

“Orang Cina Malaysia BUKAN TETAMU, tetapi warganegara Malaysia yang cintakan Negara bertuah ini. Kekuatan Malaysia adalah kesatuan rakyatnya. Cukup lah perlekehkan kesatuan & kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang cina & india yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita” – Syed Saddiq

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Dr Zakir Naik menyuruh tetamu lama Cina balik dahulu dengan menularkan ucapan beliau berdurasi cuma 53 saat.

Buletin TTKM meneliti semula video yang lebih panjang dan mendapati konteks yang ingin disampaikan oleh pendakwah itu adalah mengenai penyebaran agama islam ke Malaysia dan Indonesia yang tidak menggunakan senjata.

Berikut merupakan transkrip terjemahan ucapan Dr Zakir Naik oleh Buletin TTKM:

“Tentera muslim mana yang pergi ke Indonesia yang mempunyai penduduk muslim terbesar di dunia?
Tentera muslim mana yang pergi ke Malaysia? Tentera muslim mana yang pergi ke pantai timur Afrika,dimana banyak negara penduduk majoriti adalah muslim. Pedang mana? Mereka lakukan oleh kelas.
Pedagang yang pergi.
Tentera mana yang pergi ke Malaysia?
Tentera mana yang pergi ke Indonesia?
Majoriti (populasi) hampir semua bukan muslim kemudian semuanya menjadi muslim, Masya allah.
Dan kemudian, lebih ramai orang  datang selepas itu, Malaysia menjadi muslim sepenuhnya, maka anda ada kedatangan cina, kedatangan orang India, kedatangan british, Mereka semua adalah tetamu baru. Ada orang yang memanggil saya tetamu. Tetapi saya katakan sebelum ini cina adalah tetamu. Mereka bukan lahir di sini.
Jika anda mahu tetamu baru pergi dahulu, tanyakan tetamu lama untuk balik. Cina, tidak pernah lahir di sini kebanyakannya. Mungkin generasi baru ya (lahir di sini). Jika anda mahu tetamu balik dan tetamu yang membawa keamanan kepada masyarakat, ada manfaat untuk keluarga itu. “

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version