Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Transkrip ucapan kontroversi Zakir Naik versi Buletin TTKM vs Malaysiakini

3 min read

Oleh : Editorial TTKM

Kuala Lumpur 15 Ogos: Semalam portal berita Malaysiakini melaporkan tajuk berita “Suruh ‘tetamu lama’ Cina balik dulu – Zakir Naik” yang menjadi tular di media sosial berdasarkan petikan video selama cuma 53 saat.

Buletin TTKM menonton kembali keseluruhan video ucapan Dr Zakir Naik untuk memahami konteks ucapan beliau dan dan apa yang kami dapati adalah mengejutkan.

Video penuh:

Kami mendapati konteks yang beliau ingin sampaikan itu adalah lebih panjang dari yang ditularkan Malaysiakini itu iaitu ia berdurasi lebih kurang 1 minit 20 saat.

Konteks yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik adalah mengenai penyebaran agama Islam ke negara Malaysia dan Indonesia yang hampir keseluruhan populasinya menjadi muslim tanpa menggunakan pedang sebelum kedatangan pendatang cina, india dan british.

Tonton video tersebut:

Ini video versi Malaysiakini yang berdurasi 53 saat:

Ini  transkrip (lebih pendek) yang disediakan Malaysiakini:

“… Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita. Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang. Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini). Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu,”  – Transkrip ucapan Dr Zakir Naik oleh Malaysiakini.

Berikut merupakan transkrip lebih panjang berdasarkan konteks yang kami sediakan berdasarkan video itu:

“Which muslim army went to indonesia which has the largest muslim population in the world?
Which muslim army went to Malaysia? Which muslim army went to east coast of Afrika? 
Where many countries the majority population are muslim. Which sword? They did by the class.
Traders went.
Which army went to Malaysia?
Which army went to Indonesia?
The majority almost all were non muslim then all became muslim masya allah.
And Later on, more people are coming afterwards, Malaysia became fully muslim, then you have the chinese come in, the indian come in the british come in, 
They are all new guest. There are somebody call me a guest. But I said before me the chinese are the guest. The aren’t born here.
If you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. The chinese, never born here most of them. Maybe the  new generation yes. If you want the guest to go back and those guest which are bringing peace to the community, there are benefit for the family.” – Transcript of Dr Zakir Naik speech by Buletin TTKM.

Terjemahan oleh Buletin TTKM:

“Tentera muslim mana yang pergi ke Indonesia yang mempunyai penduduk muslim terbesar di dunia?
Tentera muslim mana yang pergi ke Malaysia? Tentera muslim mana yang pergi ke pantai timur Afrika,dimana banyak negara penduduk majoriti adalah muslim. Pedang mana? Mereka lakukan oleh kelas.
Pedagang yang pergi.
Tentera mana yang pergi ke Malaysia?
Tentera mana yang pergi ke Indonesia?
Majoriti (populasi) hampir semua bukan muslim kemudian semuanya menjadi muslim, Masya allah.
Dan kemudian, lebih ramai orang  datang selepas itu, Malaysia menjadi muslim sepenuhnya, maka anda ada kedatangan cina, kedatangan orang India, kedatangan british, Mereka semua adalah tetamu baru. Ada orang yang memanggil saya tetamu. Tetapi saya katakan sebelum ini cina adalah tetamu. Mereka bukan lahir di sini.
Jika anda mahu tetamu baru pergi dahulu, tanyakan tetamu lama untuk balik.. Cina, tidak pernah lahir di sini kebanyakannya. Mungkin generasi baru ya (lahir di sini). Jika anda mahu tetamu balik dan tetamu yang membawa keamanan kepada masyarakat, ada manfaat untuk keluarga itu. “– Transkrip ucapan Dr Zakir Naik oleh Buletin TTKM

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: