Dr Zakir Naik disoal siasat polis selama 7 jam.

Gambar oleh The Star.

KUALA LUMPUR 16 Ogos: Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik disoal siasat selama 7 jam di Bukit Aman berhubung kenyataan beliau yang dikatakan berunsur perkauman.

Menurut laporan The Star, beliau hadir ke Bukit Aman untuk direkodkan kenyataannya selepas solat Jumaat dan dilihat meninggalkan Bukit Aman pada sekitar jam 8.15 malam.

Tambah laporan itu lagi, Dr Zakir Naik dipercayai disoal siasat oleh bahagian CID (D5 Pendakwaan dan Undang_)

Beliau dilihat menaiki Toyota Innova berwarna hitam memakai kopiah putih dan tidak berhenti untuk memberi komen apabila meninggalkan ibu pejabat polis itu.

Bukit Aman menyiasat Zakir di bawah Seksyen 504 Kanun Kesiksaan kerana menghina dengan hasrat untuk mencetuskan keadaan tidak aman selepas mendapat 115 aduan awam berhubung kenyataan terbaharunya semasa kuliah di Kota Baru, Kelantan minggu lepas.

Beliau juga dilaporkan mendakwa orang india di Malaysia lebih setia kepada kerajaan Narendra Modi selain didakwa berkata tetamu lama Cina untuk balik dahulu sebelum tetamu baru disuruh balik.

Berikutan ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam, sama ada mereka adalah warganegara atau tidak.

Kerajaan BN terdahulu telah mengurniakan Dr Zakir sebagai penduduk tetap pada tahun 2015.

Semalam Dr Zakir mengeluarkan kenyataan mendakwa ceramah beliau telah dilapor diluar konteks oleh pembencinya untuk mencetuskan fitnah. – Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version