Isu taikun hina tentera: Mat Sabu persoal netizen

Kuala Lumpur, 16 Ogos: Selepas tidak bersuara beberapa hari, akhirnya Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengeluarkan kenyataan berhubung kenyataan taikun pro Pakatan Harapan, Koon Yew Yin yang berkata “tentera hanya tahu makan tidur dan patut ganti pekerja asing di ladang FELDA.”

Menurut laporan Free Malaysia Today, Mat Sabu mempersoalkan kritikan di media sosial dengan berkata beberapa dari mereka adalah selektif dan bersuara hanya kerana Koon adalah bukan melayu.

Katanya lagi,  bekas ketua menteri Sabah, Harris Salleh turut mengeluarkan kenyataan serupa, tetapi tiada pula kemarahan dari netizen ketika itu.

“Bila bekas ketua menteri Sabah berkata anggota angkatan bersenjata kita supaya bekerja sebagai pengawal keselatan dan ahli wanita bekerja sebagai pencuci dan pembantu rumah, tiada pula kemarahan. Tetapi orang menjadi marah dan mempertahankan tentera apabila jutawan ini berkata tentera kita hanya makan dan tidur dan lebih baik bekerja di ladang.”

“Saya merasakan terdapat sentimen perkauman di sini. Kenapa netizen berdiam diri apabila seorang muslim mengkritik pasukan bersenjata, tetapi bila jutawan ini melakukan perkara sama, mereka menjadi marah?” – Mat Sabu

Walau bagaimanapun, Mat Sabu berkata sesiapa sahaja yang menghina pasukan bersenjata Malaysia adalah musuh negara.

“Kepada kami, sesiapa yang menghina pasukan bersenjata Malaysia, mereka adalah musuh negara. Ia adalah tindakan yang keji dan tidak boleh diterima” – Mat Sabu

Pada Isnin, ahli perniagaan pro Pakatan Harapan, Koon Yew Yin yang juga merupakan penyumbang dana kepada gabungan tersebut, mengkritik tentera dengan mendakwa mereka hanya makan tidur selain patut bekerja di ladang Felda.

Seperti yang anda tahu, angkatan tentera  tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali pada latihan sasaran.Beberapa dari mereka sepatutnya menggantikan pekerja asing di ladang Felda. ” – Koon Yew Yin 

Dua hari selepas menerima kecaman netizen dan masyarakat, taikun tersebut meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Mat Sabu ditroll difacebook kerana berdiam diri:

Koon Yew Yin sebelum ini merupakan pengasas syarikat gergasi Gamuda dan menyumbang lebih RM100,000 kepada setiap parti komponen pakatan harapan ketika PRU 14.

“Ketika pilihanraya lepas, saya dermakan lebih RM100, 000 kepada setiap satu dari empat parti komponen  Pakatan Harapan. Lebih dari itu, saya berkempen untuk setiap mereka” – Koon Yew Yin

Pada satu hantaran facebook sayap Amanah, Arif Malaysia mengesahkan taikun tersebut menyumbangkan sebanyak RM100, 000 dimana RM50k didermakan kepada Tabung Mat Sabu manakala RM50k lagi kepada parti Amanah, tiga tahun lepas. -Buletin TTKM-

Taikun Koon Yew Yin bersalaman dengan Asmuni, Bendahari Agung Amanah.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version