Hina Fuziah: PKR Pahang buat tiga laporan polis terhadap bekas wartawan

KUANTAN 17 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat tiga laporan polis hari ini berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang menghina Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

This slideshow requires JavaScript.

 

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuantan, Muhd Ruslan Wahab@Abd Aziz dilaporkan berkata, laporan dibuat berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik akaun terbabit yang secara terang menghina Ahli Parlimen PKR Kuantan itu.

“Jelas pemilik Facebook tersebut telah membuat satu tuduhan jahat dengan niat untuk menyakitkan hati serta menjatuhkan imej dan maruah Fuziah yang kini berada di Makkah menunaikan ibadah haji,” 

Sementara itu, Ketua Biro Kemasyarakatan Wanita PKR Pahang, Barirah Mohd Mokhtar menggesa pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kenyataan pemilik akaun tersebut dan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, menggelar seorang timbalan menteri dengan gelaran  adalah perbuatan yang sangat biadab dan jahat yang boleh mendatangkan imej buruk kepada Fuziah dan juga kerajaan.

“Menyiarkan tulisan yang penuh provokasi terhadap Fuziah tanpa menyatakan sebabnya adalah satu tuduhan yang amat berat.

“Mohon siasatan dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau sebarang akta yang berkait dengan perbuatannya.

“Saya mengharapkan tindakan tegas dikenakan terhadap individu terbabit bagi kita memberi pengajaran kepada orang lain akan tidak mengulangi perbuatan tersebut,” – Barirah Mohd Mokhtar

Sementara itu, Buletin TTKM mendapati pemilik akaun facebook tersebut merupakan seorang lelaki  bekas wartawan Malaysiakini.

Pada 5 Ogos lepas, beliau ada menaikkan satu hantaran di akaun facebooknya berhubung isu Lynas yang dikatakan menghina ahli parlimen Kuantan itu.

tangkap layar.jpg
Tangkap layar hantaran lelaki terbabit yang dikatakan menghina timbalan menteri, YB Fuziah.

 

Dihubungi Buletin TTKM pagi tadi, lelaki tersebut berkata akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sekiranya siasatan dijalankan keatasnya.

Beliau turut berkata telah melantik Asiah Abdul Jalil sebagai peguam untuk mengendalikan kes ini.

Fuziah yang juga merupakan timbalan menteri  dikritik oleh pihak anti Lynas baru-baru ini apabila kabinet memberikan kelulusan memperbaharui lesen kilang tersebut selama 6 bulan lagi.

Ketika pilihanraya lepas, Fuziah merupakan antara pemimpin politik paling kedepan berkempen mendesak kilang milik Australia itu ditutup kerana mendakwa sisa dari kilang tersebut membahayakan penduduk tempatan. -Buletin TTKM-

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.