Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Undian: 98% bersetuju prestasi Syed Saddiq adalah tahi.

2 min read

KUALA LUMPUR: Satu undian atas talian yang dilakukan oleh laman facebook TTKM  untuk menilai prestasi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq  menunjukkan 98% atau seramai 34,000 responden netizen bersetuju prestasi menteri tersebut adalah tahi manakala cuma 2% atau seramai 869 pengundi bersetuju beliau adalah cekap dan efisyen.

Undian  yang dijalankan bermula semalam itu setakat ini mendapat 35600 partisipasi pengunjung facebook dan pengundian masih berjalan sehingga 21 Ogos ini. :

Buletin TTKM difahamkan keputusan undian menunjukkan kemarahan netizen  disebabkan kenyataan ketua Armada dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu yang menyokong pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik supaya dihantar pulang dari negara Malaysia.

Tambahan pula, sebelum ini beliau tiada mengeluarkan sebarang kecaman apabila menteri kabinet, Kula Segaran berkata orang Melayu adalah pendatang.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelmarin menyertai tiga lagi menteri kabinet yang mendesak supaya pendakwah Zakir Naik dihantar pulang.

Menurut laporan The Star, menteri belia dan sukan itu berkata “Ya” apabila ditanya wartawan adakah beliau menyokong desakan menteri Gobind Singh, M. Kulasegaran dan Xavier Jayakumar supaya menghantar pulang Zakir atas ucapannya yang didakwa berunsur perkauman.

“Serangan terhadap saudara Cina dan India kita adalah serangan terhadap kesemua rakyat Malaysia. Ia adalah mengarut untuk memikirkan bahawa rakyat Malaysia adalah tetamu. Mereka adalah keluarga. Cukup-cukuplah” – Syed Saddiq.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Najwah Halimah Ab. Alim berkata majoriti ahli termasuk kepemimpinan tertinggi parti itu melihat tindakan Syed Saddiq itu sebagai bertentangan dengan pandangan parti serta pendirian Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

hli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Najwah Halimah Ab. Alim, gambar oleh Utusan. 

“Tindakan Syed Saddiq hanyalah pendirian peribadi yang melihat isu tentang Zakir separuh masak dan bukan dari keseluruhan konteks.

“Tun Dr. Mahathir telah berulang kali menjelaskan pendiriannya tetap mempertahankan supaya penceramah terkenal itu kekal di negara ini kerana ia melibatkan soal keselamatan beliau.

“Janganlah hanya kerana mahu popular dalam kalangan orang bukan Melayu maka beliau mahu bersekongkol dengan pihak lain yang mahu menghalau Zakir keluar dari negara ini,” – Najwah Halimah Ab. Alim

Semalam, pendakwah terkenal itu disoal siasat oleh polis di Bukit Aman selama lebih kurang 7 jam berhubung kenyataannya yang didakwa mengandungi unsur perkauman sewaktu ceramah di Kelantan minggu lepas. -Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: