Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

LAPOR KANDUNGAN BERBAUR PERKAUMAN, AGAMA DAN INSTITUSI DIRAJA DI MEDIA SOSIAL TERUS KEPADA SKMM

2 min read

KUALA LUMPUR: Penyebaran sebarang kandungan berunsur 3R – Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial boleh dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel mediasosial@mcmc.gov.my

Berita harian melaporkan Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak, sebagai berkata kaedah itu membantu mempercepatkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka yang didapati menyebarkan kandungan sensitif berkenaan di media sosial.

Rakyat Malaysia diminta mengambil tangkap layar (screenshot) dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian seperti tertera di atas.

“Bagi kandungan negatif disebarkan melalui WhatsApp pula, sila ambil tindakan yang sama berserta nombor telefon individu yang menyebarkannya bagi tujuan aduan,”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam.

Al-Ishsal ketika mengulas lanjut, berkata SKMM turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memulihara keharmonian dan keamanan yang dikecapi sejak terbinanya negara ini, 62 tahun lalu.

Katanya, sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini mesti dihentikan serta-merta demi kepentingan bersama.

“Justeru, berfikirlah sebelum kita membuat sebarang kenyataan atau ulasan mengenai perkara sensitif. Jangan sesekali ‘tweet’, kongsi dan membuat ulasan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai kaum di negara ini.

“Hayatilah erti kemerdekaan dan hormati sambutan bulan kemerdekaan yang penuh bermakna ini. Jadilah rakyat yang matang dalam menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang boleh memecah-belah perpaduan demi kemakmuran bersama,”

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: