Kek ‘PM ke-8’ bukan arahan pejabat presiden.

KUALA TERENGGANU: PKR menegaskan kek berbentuk bangunan PMO dengan perkataan ‘PM ke-8’ dan figura Anwar Ibrahim duduk di tepi tangga bukan arahan dari pejabat presiden parti atau kepimpinan di peringkat pusat.

Astro Awani melaporkan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail sebagai berkata ia merupakan hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan pihak kepimpinan PKR tidak dapat menghalang tindakan itu kerana bertepatan dengan perjanjian yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Semua yang berlaku samada kek, dibuat orang persendirian dan orang parti peringkat bawah, pemimpin yang kecil. Mungkin (dia) merasa teruja… Mungkin dia dengar perdana menteri (seterusnya) adalah Datuk Seri Anwar seperti mana yang diumumkan.

“Jadi (sebab) keterujaan tu, jadi dia buat kek. Bukan arahan dia (Anwar) malah dia menegah daripada bersungguh-sungguh sangat buat perkara ini. Tidak datang dari pejabat Datuk Seri Anwar,”  – Azan Ismail 

Tambah Azan lagi, ia  tidak menjadi satu kesalahan berbuat demikian kerana ia bukan menghina mahupun melanggar etika.

Namun beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat juga gambar-gambar yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan ‘PM ke-8’ tular di media sosial dan menjadi bahan troll netizen seolah-olah Anwar Ibrahim tidak sabar hendak menjadi perdana menteri ke 8 menggantikan perdana menteri ke 7  Tun Dr Mahathir.

Parti pimpinan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak di dalam Pakatan Harapan pada PRU ke 14 yang lalu. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version