Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Perbualan whatsapp: “Fuziah namakan 4 menteri bodek Tun isu lesen Lynas?” – Chegubard.

2 min read

Kuala Lumpur 19 Ogos: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard hari ini menyiarkan apa yang didakwanya satu tangkap layar perbualan whatsapp timbalan menteri di jabatan perdana menteri, YB Hajjah Fuziah Salleh mengenai isu lesen Lynas.

Pada tangkap layar itu, Chegubard mempersoalkan Fuziah yang menamakan empat menteri yang membodek perdana menteri, Tun Dr Mahathir dalam isu penyambungan lesen kepada syarikat nadir bumi Australia, Lynas, iaitu :

  1. Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.
  2. Rezwan(Redzuan), Menteri Pembangunan Usahawan
  3. Xavier,Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
  4. Zuraida,  Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

“Ini “print screen” perbualan Timbalan Menteri JPM yang bertugas menjaga perihal berkaitan Agama Islam.

Dia secara jelas menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan LYNAS disambung lesen. Kononya dia tak bersetuju sebaliknya lesen LYNAS berjaya disambung kerana ada anggota kabinet hanya tahu membodek PM. Fuziah menamakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman , A Xavier Jayakumar , Rezwan (tak pasti dia rujuk siapa kemungkinan @Redzuan Md Yusof ) dan Zuraida Kamaruddin?

Benarkah mereka dinamakan oleh Fuziah sebagai kaki ampu bodek hanya angguk dalam kabinet ? – Chegubard. 

Buletin TTKM menghubungi ahli parlimen Kuantan itu bagi mengesahkan kesahihan perbualan whatsapp tersebut, tetapi beliau menjawab soalan kami dengan soalan.

Buletin TTKM : Adakah screenshot yang disebarkan Chegubard  itu sahih?

Fuziah Salleh: Mengapa tidak tanya orang yang sebarkan tangkap layar itu? 

Ketika pilihanraya lepas, Fuziah merupakan antara pemimpin politik paling kedepan berkempen mendesak kilang milik Australia itu ditutup kerana mendakwa sisa dari kilang tersebut membahayakan penduduk tempatan.

Pada tahun lepas, beliau  memohon sambil teresak-esak supaya Lynas menghantar sisa  kilang mereka pulang ke Australia.

Pada 15 ogos lepas, kabinet memutuskan untuk melanjutkan lesen Lynas selama 6 bulan lagi dengan syarat antaranya  syarikat itu perlu memindahkan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).

Buletin TTKM difahamkan Fuziah Salleh tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana mesyuarat tersebut hanyalah untuk menteri penuh di mana Fuziah merupakan timbalan menteri di jabatan perdana menteri. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: