Tapak pelupusan Lynas :”Buat sahaja di Ampang”, kata Fuziah kepada Zuraida

Kuala Lumpur, 19 Ogos : Ahli parlimen Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh berkata kepada Zuraida Kamaruddin supaya membuat tapak pelupusan Lynas di Ampang sebagai respon terhadap cadangan menteri KPKT itu yang berkata kementeriannya sedia membantu Pahang dalam mencari tapak sesuai untuk pelupusan sisa Lynas.

“Pandangan saya tak perlu bantu Kerajaan Pahang untuk cari tapak sesuai pelupusan sisa Lynas. Buat saja di Ampang.” – -Fuziah Salleh

Timbalan menteri  di jabatan perdana menteri itu berkata demikian dalam satu hantaran di facebook beliau yang disetkan kepada rakan (set to friend).

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1154401504753417&id=100005507348066

WhatsApp Image 2019-08-19 at 4.56.05 PM.jpeg

Untuk rekod, Zuraida Kamaruddin merupakan ahli parlimen Ampang.

Pada 15 ogos lepas, kabinet membuat keputusan untuk melanjutkan lesen Lynas selama 6 bulan lagi dengan syarat antaranya  syarikat itu perlu memindahkan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).

Zuraida Kamaruddin berkata, beliau mengikut keputusan yang diputuskan oleh Kabinet.

“Ini keputusan Kabinet yang kita telah bincang dan dapat persetujuan, itu yang mara ke depan.

“Saya adalah ahli Kabinet, jadi saya perlu ikut keputusan yang diputuskan Kabinet,” 

-Zuraida Kamaruddin.

Pada hantaran lain, Fuziah berkata beliau akan membantah  PDF dibina di Pahang

“Saya akan bantah PDF dibina di Pahang. Cukup lah dengan segala kerosakan kepada alam sekitar di Pahang sebelum ini” – Fuziah Salleh.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1154414761418758&set=a.119059138287664&type=3&theater

 

Pada Disember tahun lepas Fuziah Salleh sambil teresak-esak meminta Lynas supaya menghantar sisa dari kilang syarikat itu dari Kuantan balik ke Australia.

“Hentikan buli kami. Hantar sisa anda balik ke Australia. Kami tidak mahu ia di sini” – Fuziah.

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: