Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(video) Bantah Lynas: PH ditroll sebagai “Bas U-Turn Pakatan’.

2 min read

Kuantan, 19 Ogos: Kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang melakukan bantahan terhadap Lynas semalam menyindir keputusan  kerajaan Pakatan Harapan yang  memberikan lesen penyambungan 6 bulan kepada syarikat Australia itu dengan melakukan persembahan  ‘Bas U-Turn Pakatan’.

Pada persembahan kreatif itu, tertera lambang 4 parti komponen Harapan  iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah pada ‘bas’ tersebut. ‘Pemandu bas’ adalah gambar wajah perdana menteri, Tun Dr Mahathir manakala ‘penumpangnya’ terdiri daripada Anwar Ibrahim, Lit Kit Siang dan Mat Sabu.

Selepas melakukan beberapa pusingan di atas pentas dengan memegang ‘Bas U-Turn Pakatan’, penunjuk perasaan kemudian bergiliran memegang plakad gambar  pemimpin pakatan Harapan yang menandatangani aku janji hapus Lynas, dengan lambang U-Turn di belakangnya.

Video persembahan itu turut dimuat naik di laman facebook TTKM dan menjadi tular di media sosial dengan mendapat lebih 1k perkongsian.

Penunjuk perasaan turut bertindak mengoyak Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH), selepas gagal menunaikan janji mentadbir negara berlandaskan prinsip kemampanan.

Pengerusinya, Tan Bun Teet, berkata, tindakan kerajaan membenarkan Lynas beroperasi sudah melanggar janji nombor 39 dalam manifestonya yang mana pakatan itu berikrar mentadbir negara berlandaskan prinsip kemampanan.

“Jadi pada perhimpunan pagi ini, peserta perhimpunan bertindak mengoyak kertas manifesto sebagai simbolik kerana tindakan kerajaan membuat membuat pusingan U (U-turn) dalam isu Lynas,” – Tan Bun Teet,

“Ini kerana banyak perkara yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini diketepikan oleh kerajaan PH dan itu memberi ketidakpuasan rakyat terutamanya berkaitan isu Lynas,”  – Tan Bun Teet,

Katanya lagi, mereka juga berharap 39 pemimpin Pakatan Harapan yang menandatangani aku janji membatalkan Lynas supaya kembali membantah tindakan kerajaan ini.

“Kita juga bercadang mempertimbangkan untuk membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan yang membenarkan Lynas beroperasi enam bulan lagi,”  – Tan Bun Teet

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: