Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Zakir Naik cetus ketegangan kaum, kerajaan akan ambil tindakan: PM

2 min read

Gambar The Star.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik jelas telah mencetuskan ketegangan kaum di negara ini, dakwa  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambah beliau lagi perbuatan tersebut tidak baik untuk negara dan kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara, lapor Sinar Harian.

“Beliau telah mengganggu hubungan kaum dan ini tidak baik. Disebabkan itu polis siasat sama ada beliau mencetuskan ketegangan atau tidak dan amat jelas beliau telah berbuat demikian.

“Namun apa juga tindakan yang kita ambil akan mengikut undang-undang kerana kerajaan ini menghormati rule of law,” – Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, kata-kata Zakir yang meminta kaum Cina pulang ke China tidak sesekali boleh diterima.

“Kita amat berhati-hati apabila bercakap mengenai perkara sensitif berkenaan kaum lain di negara ini. Saya sendiri tak pernah cakap begitu.

“Saya tak pernah minta Cina untuk pulang tetapi beliau datang Malaysia dan cakap begitu. Ini politik, amat jelas beliau mahu terlibat dalam politik kaum di Malaysia,”  Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mengingatkan Zakir agar tidak sesekali menyentuh isu politik dan kaum di negara ini sebaliknya hanya perlu menumpukan kepada isu agama.

“Saya tidak tahu siapa yang beri beliau status penduduk tetap (PR) tapi status PR bermakna beliau tak boleh terlibat dalam politik. Beliau boleh beri ceramah agama tapi dia tak buat demikian.

“Jika mahu cakap mengenai agama, silakan dan cakap perkara yang betul mengenai agama,” –Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zakir kini disiasat polis di bawah Seksyen 504 kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Kertas siasatan telah dibuka berdasarkan satu laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Gombak dan sehingga kini sebanyak 115 laporan polis telah diterima di seluruh negara berkaitan isu sama.

Malaysiakini minggu lepas melaporkan Zakir sebagai berkata “Suruh ‘tetamu lama’ Cina balik dulu”.

Walaubagaimanapun, Zakir berkata kenyataan beliau dilapor di luar kontek oleh portal terbabit.

Kelmarin beliau disoal siasat lebih 7 jam di Bukit Aman berhubung kenyataan tersebut- Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: