Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

‘Jagoan LYNAS’ remeh usaha kerajaan, kata setpol Zuraida kepada Fuziah.

2 min read

Kenyataan Media

Setiausaha Politik kepada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

*BERSAMA MEMBANTU KERAJAAN MENYELESAIKAN MASALAH LYNAS.*

Isnin, 19 Ogos 2019.

Isu LYNAS yang hangat diperkatakan sejak operasinya pada tahun 2011 kini kembali menjadi tumpuan rakyat. Ini berikutan keputusan kabinet untuk melanjutkan permit operasi LYNAS bagi enam bulan lagi baru-baru ini yang telah mendapat pelbagai reaksi banyak pihak.

YB Puan Hjh Zuraida Kamaruddin ketika ditanya wartawan dalam rangka lawatan kerja ke negeri Pahang pada hujung minggu lalu telah dengan jelas menyatakan bahawa selaku anggota kabinet, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menerima keputusan majoriti anggota kabinet tersebut setelah perbincangan panjang serta pelbagai pertimbangan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri. Ini termasuklah impak sosial, alam sekitar serta ekonomi kepada negara.

Justeru, bertindak selaku seorang Menteri beliau menawarkan peranan dalam membantu rakyat khususnya untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri Pahang dalam kapasiti sebagai Menteri kerajaan Tempatan untuk memastikan agar semua garis panduan dipatuhi dalam mengenalpasti Tapak Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa Water Leach Purification (WLP) yang dihasilkan Lynas. Ini jelas lebih baik daripada status quo yang kelihatan seolah-olah ianya tanpa kawalan dan mendatangkan kegusaran orang awam.

Sewajarnya cadangan ini disambut baik dalam usaha pihak kerajaan mengawal dengan ketat isu pelupusan sisa yang selama ini menyelubungi rakyat khususnya di sekitar Kuantan.

Malangnya dalam satu muatnaik di media sosial beliau, YB Ahli Parlimen Kuantan seolah meremehkan usaha ini dengan menyatakan sinis bahawa ia patut di buat di Ampang sahaja.

WhatsApp Image 2019-08-19 at 4.56.05 PM
Tangkap layar status Fuziah yang diset kepada rakan sahaja. 

Ini bukan sahaja kenyataan yang tidak langsung dapat menyelesaikan masalah, namun jagoan isu LYNAS tersebut juga seolah meremehkan usaha pihak kerajaan yang ingin bersama mencari jalan keluar bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebagai anggota kerajaan, saya menyeru agar YB Ahli Parlimen Kuantan menilai semula kenyataan beliau dengan lebih matang dan menghargai peranan kerajaan pusat yang ingin menyelesaikan masalah tersebut.

Ia juga dikhuatiri menghantar mesej yang salah kepada rakyat; seakan-akan jagoan Kuantan ini tidak tahu bertindak lebih matang sebagai anggota kerajaan .

Beliau wajar meningkatkan daya berkomunikasi dengan tidak bertikam lidah dihadapan khalayak atas sesuatu isu.

Semoga isu LYNAS ini dapat diselesaikan dan membawa manfaat serta kelegaan kepada semua pihak yang terlibat.

*Nor Hizwan Hj Ahmad*
Setiausaha Politik
kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin tTKM- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: