Kibar jalur gemilang terbalik: Toyota PDC Auto Kuantan mohon maaf.

Kuantan : Pusat Pameran, Jualan dan Servis Kereta Toyota di Kuantan, Toyota PDC Auto Kuantan Sdn Bhd memohon maaf di atas insiden jalur gemilang dipasang terbalik di hadapan premis pusat tersebut.

Menurut satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebooknya, syarikat tersebut berkata perkara tersebut ” tidak disengajakan dan tiada kena mengena dengan sebarang isu yang telah dibicarakan.”

Berikut merupakan kenyataan penuh syarikat itu:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pihak Kami dengan rendah hati memohon maaf diatas kekhilafan yang telah berlaku berkaitan dengan Pemasangan Bendera Malaysia di Premis Perniagaan Kami. 

Untuk makluman ini tiada kena mengena dengan tidak menghormati Malaysia sebagai negara kami. Kami menghormati Negara Kami Malaysia dan kesalahan ini adalah tidak disengajakan dan tiada kena mengena dengan sebarang isu yang telah dibicarakan.

Namun yang demikian, kami telah membuat pembetulan yang sepatutnya dan dengan rasa rendah diri kami Seluruh Warga PDC AUTO (KUANTAN) SDN BHD memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Pahang amnya di atas perkara yang berlaku ini.

Sekian terima kasih.

Toyota PDC Auto Kuantan Sdn.Bhd.

Dua tiang bendera sebelum ini turut dicabut, gambar kredit FB Toyota PDC Auto Kuantan Sdn.Bhd.

Beberapa hari lepas, syarikat itu dikecam di media sosial selepas gambar jalur gemilang dipasang terbalik di premis tersebut menjadi tular. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version