Komen GIF anjing menjilat: admin FB Bernama News Channel dikecam netizen

Facebook, 20 Ogos: Admin laman facebook Bernama News Channel dikecam oleh facebookers kerana didakwa memberikan komen animasi GIF anjing pada satu hantaran permohonan maaf Dr Zakir Naik di laman facebook agensi berita negara itu.

Komen GIF animasi yang didakwa diberikan oleh admin Bernama News Channel.

Seorang pengguna facebook, Faiq Khalifa sempat melakukan tangkap layar perkara tersebut lalu mengajak facebookers lain (bawang rangers) untuk membawang di sana.

“Ini patut diviralkan. Komen GIF anjing ini didapati dihantar oleh admin Bernama News Channel dalam bahagian komen pada video permohonan maaf Dr Zakir Naik. Adakah ia tidak disengajakan atau ada individu tertentu dibelakang FB BNC Yang sengaja membuat perkara ini? Bawang Rangers, serbu!” – Faiq Khalifa

Walaubagaimanapun, bawang rangers ternyata hampa apabila pautan hantaran tersebut  tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan oleh admin laman berita nasional itu.

Pautan hantaran: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2585487544804787&id=167047123315520

-Buletin TTKM-

 

 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version