Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Komen GIF anjing menjilat: “Maaf, akaun FB kami digodam”- admin Bernama News Channel

2 min read

Facebook, 20 Ogos: Admin FB Bernama News Channel sebentar tadi membuat permohonan maaf terbuka berkenaan komen GIF anjing yang diberikan pada hantaran  permohonan maaf Dr Zakir Naik di laman facebook agensi berita nasional itu.

Menurutnya, pihak mereka amat kesal dengan isu hantaran dalam Facebook BNC yang telah menaikkan kemarahan ramai pihak.

Walau bagaimapun, admin tersebut mendakwa akaun FB Bernama News Channel telah digodam.

“Untuk pengetahuan semua, setelah disiasat terutamanya terhadap petugas BNC yang namanya tertera di ruangan komen hantaran tersebut mendapati petugas kami tidak terlibat dengan perbuatan itu.

Kami percaya akaun kami telah digodam.” – admin Bernama News Channel.

Berikut merupakan kenyataan penuh:

PERMOHONAN MAAF TERBUKA BERKENAAN KOMEN GIF ANJING

Pihak Bernama News Channel (BNC) ingin memaklumkan bahawa pihak kami amat kesal dengan isu hantaran dalam Facebook BNC yang telah menaikkan kemarahan ramai pihak.

Untuk pengetahuan semua, setelah disiasat terutamanya terhadap petugas BNC yang namanya tertera di ruangan komen hantaran tersebut mendapati petugas kami tidak terlibat dengan perbuatan itu.

Kami percaya akaun kami telah digodam. Malah kejadian menggodam akaun sosial media BNC termasuk web portal pernah berlaku beberapa minggu lepas. Malah ada yang menyalahgunakan nama dan logo BNC atau BERNAMA untuk menyebarkan berita palsu.

Oleh itu kami berharap agar netizen tidak mudah terpengaruh terhadap perbuatan sedemikian. Malah BERNAMA satu-satunya agensi berita negara ini tidak akan terjebak dengan perbuatan terkutuk itu.

Di sini pihak kami ingin memohon maaf atas perbuatan yang menyinggung perasaan netizen.

Sekian.

– Admin –

Sumber:

——————————————————————————————————————————–

Berita Buletin TTKM terdahulu:

Komen GIF anjing menjilat: admin FB Bernama News Channel dikecam netizen

Facebook, 20 Ogos: Admin laman facebook Bernama News Channel dikecam oleh facebookers kerana didakwa memberikan komen animasi GIF anjing pada satu hantaran permohonan maaf Dr Zakir Naik di laman facebook agensi berita negara itu.

 

Komen GIF animasi yang didakwa diberikan oleh admin Bernama News Channel
.

68588059_10157487870487232_2202826208574439424_n.jpg

Seorang pengguna facebook, Faiq Khalifa sempat melakukan tangkap layar perkara tersebut lalu mengajak facebookers lain (bawang rangers) untuk membawang di sana.

“Ini patut diviralkan. Komen GIF anjing ini didapati dihantar oleh admin Bernama News Channel dalam bahagian komen pada video permohonan maaf Dr Zakir Naik. Adakah ia tidak disengajakan atau ada individu tertentu dibelakang FB BNC Yang sengaja membuat perkara ini? Bawang Rangers, serbu!” – Faiq Khalifa

Walaubagaimanapun, bawang rangers ternyata hampa apabila pautan hantaran tersebut  tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan oleh admin laman berita nasional itu.

Pautan hantaran: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2585487544804787&id=167047123315520

” alt=”” aria-hidden=”true” />padam dah

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: