Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“MSN lantik 13 ahli ARMADA jadi penyelaras sukan KBS Negeri, dipersetujui Syed Saddiq”, dakwa presiden Majlis Belia N. Sembilan.

2 min read

Gambar dari FB Mohd Fairus

Kuala Lumpur 20 Ogos. : Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos Bin Rusli hari ini mendedahkan sekeping surat dari Majlis Sukan Negara Malaysia mengenai pelantikan 13 pegawai penyelaras pembangunan sukan KBS Negeri, di mana menurut beliau kesemuanya adalah  ahli Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dalam surat tersebut, yang ditanda tangani oleh  Abdul Rashid Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara turut memaklumkan bahawa Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Pendedahan itu dilakukan oleh Mohd Fairus di akaun facebook beliau hari ini.:

68264033_2435541299800768_666759016612888576_n.jpg
Kredit FB Mohd Fairus.

 

69285549_2435541263134105_3881754956377620480_n.jpg
Senarai 13 pelantikan, kredit FB Mohd Fairus
68843403_1570990039709890_6108139571671728128_o.jpg
13 pelantikan dan jawatan mereka dalam Armada, kredit FB Mohd Fairus.

Mohd Fairus ketika dihubungi Buletin TTKM turut mengkritik Syed Saddiq berhubung pelantikan ini sambil mendesak pihak SPRM supaya melakukan siasatan.

44529218_10212806829672256_6678139894298050560_n.jpg
Mohd Fairus, kredit FB beliau.

“Sekiranya mereka ini ahli Armada yang dilantik, Syed Saddiq termakan balik kata-kata beliau sebelum ini yang diluahkan mengenai belia macai (politik), dimana kini beliau sendiri melakukan perkara tersebut. Membuat lantikan tanpa ada surat tawaran kepada umum. Saya mendesak supaya SPRM siasat perkara tersebut. ” – Mohd Fairos Bin Rusli

Pada tahun lepas, Syed Saddiq mengingatkan persatuan belia supaya tidak menjadi macai politik.

“Ada persatuan belia seperti GPMS (Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung), Majis Belia Malaysia (MBM) dan Belia 4B (Gerakan Belia 4B) yang menerima peruntukan kerajaan akhirnya pada satu tahap boleh jadi ‘macai’ politik.

“Saya mahu selepas ini walaupun peruntukan diberi, persatuan belia bebas mengkritik kerajaan dan mengembalikan status kumpulan belia sebagai pendesak sekali gus meneutralisasi kumpulan belia,”  – Syed Saddiq.

Deactivate Facebook.

Sementara itu, Buletin TTKM mendapati 10 daripada 13 lantikan tersebut telah menyahaktifkan akaun facebook mereka dipercayai dilakukan  setelah nama mereka menjadi tular di media sosial.

de.JPG

Berikut merupakan akaun facebook ahli armada  yang ditularkan dan status akaun mereka setakat berita ini ditulis:

(active) N. Sembilan – https://www.facebook.com/profile.php?id=100001582525985

(active)Penang – https://www.facebook.com/shameer.sulaiman.5

(active) Kedah – https://www.facebook.com/firdaus.daus.77

(active) Melaka – https://www.facebook.com/chey.rodzi

(deactivate) Pahang – https://www.facebook.com/hafis.mohaz

(deactivate)  Johor – https://www.facebook.com/khisie.kaizer

(deactivate) Kelantan – https://www.facebook.com/wan.hanzalah

(deactivate) Terengganu – https://www.facebook.com/luqman.dalizan

(deactivate) Selangor – https://www.facebook.com/aril.apiz

(deactivate) Perak – https://www.facebook.com/firdausmatazahar

(deactivate) WPKL – https://www.facebook.com/alan.m.raman

(deactivate) Sabah – https://www.facebook.com/omeytopo

(deactivate)  Perlis – https://www.facebook.com/mrsyazwanfahmi

Setakat ini belum ada respon dari Syed Saddiq berhubung perkara ini.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: