Kuala Lumpur 20 Ogos. : Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos Bin Rusli hari ini mendedahkan sekeping surat dari Majlis Sukan Negara Malaysia mengenai pelantikan 13 pegawai penyelaras pembangunan sukan KBS Negeri, di mana menurut beliau kesemuanya adalah ahli Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Dalam surat tersebut, yang ditanda tangani oleh Abdul Rashid Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara turut memaklumkan bahawa Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju dengan pelantikan tersebut.
Pendedahan itu dilakukan oleh Mohd Fairus di akaun facebook beliau hari ini.:
Mohd Fairus ketika dihubungi Buletin TTKM turut mengkritik Syed Saddiq berhubung pelantikan ini sambil mendesak pihak SPRM supaya melakukan siasatan.
“Sekiranya mereka ini ahli Armada yang dilantik, Syed Saddiq termakan balik kata-kata beliau sebelum ini yang diluahkan mengenai belia macai (politik), dimana kini beliau sendiri melakukan perkara tersebut. Membuat lantikan tanpa ada surat tawaran kepada umum. Saya mendesak supaya SPRM siasat perkara tersebut. ” – Mohd Fairos Bin Rusli
Pada tahun lepas, Syed Saddiq mengingatkan persatuan belia supaya tidak menjadi macai politik.
“Ada persatuan belia seperti GPMS (Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung), Majis Belia Malaysia (MBM) dan Belia 4B (Gerakan Belia 4B) yang menerima peruntukan kerajaan akhirnya pada satu tahap boleh jadi ‘macai’ politik.
“Saya mahu selepas ini walaupun peruntukan diberi, persatuan belia bebas mengkritik kerajaan dan mengembalikan status kumpulan belia sebagai pendesak sekali gus meneutralisasi kumpulan belia,” – Syed Saddiq.
Deactivate Facebook.
Sementara itu, Buletin TTKM mendapati 10 daripada 13 lantikan tersebut telah menyahaktifkan akaun facebook mereka dipercayai dilakukan setelah nama mereka menjadi tular di media sosial.
Berikut merupakan akaun facebook ahli armada yang ditularkan dan status akaun mereka setakat berita ini ditulis:
(active) N. Sembilan – https://www.facebook.com/profile.php?id=100001582525985
(active)Penang – https://www.facebook.com/shameer.sulaiman.5
(active) Kedah – https://www.facebook.com/firdaus.daus.77
(active) Melaka – https://www.facebook.com/chey.rodzi
(deactivate) Pahang – https://www.facebook.com/hafis.mohaz
(deactivate) Johor – https://www.facebook.com/khisie.kaizer
(deactivate) Kelantan – https://www.facebook.com/wan.hanzalah
(deactivate) Terengganu – https://www.facebook.com/luqman.dalizan
(deactivate) Selangor – https://www.facebook.com/aril.apiz
(deactivate) Perak – https://www.facebook.com/firdausmatazahar
(deactivate) WPKL – https://www.facebook.com/alan.m.raman
(deactivate) Sabah – https://www.facebook.com/omeytopo
(deactivate) Perlis – https://www.facebook.com/mrsyazwanfahmi
Setakat ini belum ada respon dari Syed Saddiq berhubung perkara ini.
-Buletin TTKM-