Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Polis larang Dr Zakir Naik beri ceramah di seluruh Malaysia.

1 min read

Gambar oleh The Star.

Kuala Lumpur 20 Ogos: Penceramah dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik dilarang oleh polis daripada memberikan ceramah umum di seluruh Malaysia berdasarkan laporan.

The Malay Mail memetik ketua Komunikasi Koperat Bukit Aman, Asmawati Ahmad yang mengesahkan arahan tersebutĀ demi kepentingan keselamatan negara.

“Ya, pesanan sedemikian telah diberikan kepada semua kontinjen polis, dan ini dilakukan demi kepentingan keselamatan negara dan menjaga keharmonian kaum,” Asmawati.

Arahan untuk mengharamkan Zakir daripada bercakap di khalayak ramai dilaporkan dikeluarkan melalui satu pekeliling kepada semua kontinjen polis di seluruh negara.

Pada 8 Ogos lepas di Kelantan, Dr Zakir Naik dilaporkan berkata bahawa orang Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa masyarakat Cina adalah “tetamu lama” di Malaysia dan harus balik sebelum meminta “tetamu baru” seperti beliau balik.

Walau bagaimanapun Dr Zakir berkata media telah melaporkan hal tersebut di luar konteks.

Mahathir semalam berkata bahawa pendakwah terbabit telah melibatkan diri dalamĀ  “politik perkauman” dan sebagai penduduk tetap di negara ini, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

Zakir sedang disiasat oleh polis selepas 115 laporan dibuat terhadap kenyataannya.

Semalam beliau kali keduaa hadir memberikan keterangan di Bukit Aman dimana proses tersebut berlangsung selama lebih 10 jam. -Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: