Pelantikan ahli Armada ke KBS : “Kalau kerja boleh deliver, apa masalahnya” – Exco Armada Nasional

Kuala Lumpur 21 Ogos: Exco Armada Nasional, Firdaus Azahar mempertahankan pelantikan 13 ahli Armada sebagai penyelaras KBS Negeri oleh Majlis Sukan Negara termasuk diri beliau yang dipersetujui oleh menteri belia dan sukan, Syed Saddiq merangkap Ketua Armada, sayap pemuda parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Apabila ditekan oleh netizen di akaun facebooknya, Firdaus Azahar berkata di ruang komen bahawa tiada masalah dalam pelantikan itu kerana menurutnya, ia adalah pekerjaan membantu rakyat dan bukannya menolong kroni.

“Tiada apa-apa masalah di situ. Kerja membantu rakyat, bukannya menolong kroni.” – Firdaus Azahar

Apabila ditanya adakah sebarang iklan dilakukan untuk mengisi jawatan tersebut, beliau menjawab tiada.

“Tiada. Tapi pemilihan berdasarkan individu yang boleh membantu tugas-tugas YB di lapangan. Jawatan kami dalam politik hanya salah satu kriteria sahaja berbanding kelayakan lain yang lebih penting. Ramai lagi nama yang tak terpilih. Common sense. Kalau lihat semua lantikan politik yang mempunyai skop tugas membantu YB di lapangan, ada buat iklan terbuka ke? Yang penting di sini adalah tugas yang dilaksanakan. Kalau kami gagal atau salah guna kuasa, seranglah sebanyak mana yang kamu mahu. “ – Firdaus Azahar

Beliau turut menafikan terdapat sebarang salah guna kuasa dalam pelantikan ini.

“Apanya yang salah guna kuasa. Dulu pun menteri siapa ada pegawai di setiap parlimen dengan gred gaji yang lebih tinggi. Kami ni bantu seluruh negeri pula tu. Tak ada tertulis pun di situ bantu parti politik, kami siap ada kursus untuk memahami struktur kerajaan dengan lebih terperinci. Bermaksud di sini, segala persatuan-persatuan sukan pun di bawah tanggungjawab kami juga. ” –Firdaus Azahar

Beliau turut berkata tidak ada masalah sekiranya yang dipilih itu boleh melakukan kerja sambil menambah tugas beliau adalah lebih berat berbanding gred 29 yang diterima.

“Sesiapa pun dipilih berdasarkan kelayakan. Kalau kerja boleh deliver, apa masalahnya. Ikutkan tugas ini lagi berat berbanding gred yang diterima.” -Firdaus Azahar

Petang tadi, akaun facebook Firdaus Azahar didapati tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif setelah laman facebook TTKM menyiarkan komen beliau.

Semalam, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos mendedahkan sekeping surat dari Majlis Sukan Negara Malaysia mengenai pelantikan 13 pegawai penyelaras pembangunan sukan KBS Negeri, di mana menurut beliau kesemuanya adalah  ahli Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

13 pegawai penyelaras  itu ditugaskan mewakili 13 negeri di Malaysia kecuali Sarawak.

Dalam surat tersebut, yang ditanda tangani oleh  Abdul Rashid Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara turut memaklumkan bahawa Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Terdahulu, majlis belia negeri perlis dan negeri sembilan telah membidas Syed Saddiq diatas pelantikan ini yang bercanggah dengan kenyataan menteri tersebut sebelum ini yang tidak mahu sebarang lantikan pemimpin politik dan macai politik dalam organisasi belia.  -Buletin TTKM-

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: