June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Akhirnya, didakwa atas membunuh.

KAJANG: Seorang lelaki dituduh atas kesalahan membunuh hari ini selepas didakwa menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir selepas pergelutan di kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan pada 10 Ogos lepas.

Menurut laporan The Star, lelaki tersebut Yew Wei Liang didakwa dibawah seksyen 302 kanun kesiksaan yang membawa hukuman mandatori sekiranya didapati bersalah.

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Nor Afidah Idris yang menetapkan 27 September depan untuk sebutan kes.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Awam, Siti Noor Hafizan Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam S. Selvam dan Varghese Onny.

Tertuduh berpakaian kemeja T hitam, tiba di majistret Kajang pada jam 9 pagi yang dibawa dari penjara Sungai Buloh.

Beliau menundukkan kepalanya sepanjang dibawa ke kamar mahkamah.

Insiden yang mendapat perhatian ramai pihak itu berlaku diantara arwah Syed Muhammad Daniel dengan Yew pada jam 1.45 pm, 10 Ogos berdekatan Tol Sungai Besi lebuh raya PLUS.

Kedua mereka dikatakan terlibat dalam insiden kejar mengejar di mana kedua kereta berhenti pada akhirnya.

Pergelutan berlaku diantara kedua mereka yang kemudian dileraikan oleh pengguna lebuhraya lain..

Keduanya selepas itu kembali ke kenderaan masing-masing sebelum Syed Muhammad dikatakan keluar dari keretanya dengan bet besball dan mula memukul bahagian depan kereta tertuduh.

Tertuduh kemudian menekan pedal minyak kereta, merempuh Syed Muhammad Daniel yang kemudiannya terhimpit diantara kereta tertuduh dengan penghadang jalan.

Syed Muhammad Daniel dibawa ke Pusat PErubatan Nilai dan menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama.

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: