“Bil hospital aku RM1k+, tapi tak perlu bayar sesen pun!”.. Ini kisahnya

Kuala Lumpur: Seorang pesakit yang baru mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya terkejut apabila bil beliau yang berjumlah RM1,055 , tidak perlu dijelaskan walau sesen pun.

Menurut pesakit tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Miss X, beliau sudah tiga kali menderma darah.

“Saya sudah tiga kali menderma darah. Ketika menjelaskan bil, saya cuma tunjukkan buku merah saya” – Miss X.

Buku merah Miss X.
Jumlah yang perlu dibayar oleh Miss X adalah RM0.00

Menurut laman sesawang Pusat Darah Negara, penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain – lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan, adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

Grafik Pusat Darah Negara.

Tambah kenyataan itu lagi, tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.

Penderma hanya perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas manakala kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa.

Apa lagi, ayuh kita ke hospital kerajaan berdekatan atau pusat darah negara dan mulakan menderma darah anda! Rawatan percuma beb! Lagipun, satu beg darah anda mampu menyelamatkan tiga nyawa!- Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version